Aktiviti Penerokaan Tanah Secara Haram Di Cameron Highlands Masih Berleluasa
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Operasi 'Ops Sejuk' yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Cameron Highlands sejak enam bulan lepas mendedahkan aktiviti penerokaan tanah secara haram di tanah tinggi itu masih berleluasa.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata operasi itu yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara mendapati beberapa pengusaha kebun cuba menyogok penguatkuasa bagi melindungi kegiatan salah mereka.
"Ini termasuk penerokaan tanah secara haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara, melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menyimpan racun tidak berjadual," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Berikutan itu, beliau berkata seramai 21 pekebun sayur berusia antara 20 hingga 68 tahun ditahan serentak dalam operasi itu sejak semalam di beberapa lokasi di Cameron Highlands.
Tangkapan melibatkan perlakuan rasuah yang dilakukan di Ringlet (sembilan orang), Tanah Rata (satu), Tringkap (dua), Brinchang (satu), Kampung Raja (enam), Kuala Terlah (satu) dan Kampar (satu).
Mohd Shukri berkata sebanyak 16 orang ditahan di premis masing-masing manakala lima orang menyerah diri di Pejabat SPRM Perak termasuk dua orang pagi ini.
Beliau berkata seorang warga Bangladesh berusia 42 tahun yang turut ditahan dipercayai telah menetap di negara ini selama 10 tahun dan mempunyai kepentingan dalam sebuah syarikat di Cameron Highlands yang bernilai RM500,000 dan sebuah kereta Toyota Camry baharu.
"Pekebun-pekebun sayur yang aktif di kawasan seluas lebih 41 hektar itu didapati membayar rasuah sehingga RM30,000," katanya menambah bahawa mereka yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
Mohd Shukri berkata kesemua yang ditahan telah dilepaskan dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
Mengulas lanjut, Mohd Shukri menegaskan bahawa SPRM dalam perkara ini hanya menjalankan siasatan dari segi kesalahan rasuah manakala isu penerokaan haram dan PATI adalah di bawah bidang kuasa agensi-agensi lain yang berkaitan.
"Isu ini telah lama sejak tahun lalu dan tindakan lebih tegas perlu diambil pihak penguatkuasa berwajib dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Ini termasuk tindakan penguatkuasaan berkaitan Akta Racun dan PATI," katanya.
Tambah Mohd Shukri, SPRM sedia berkongsi maklumat dengan agensi lain bagi memastikan permasalahan yang berlaku dapat diatasi sehingga ke akar umbi.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment