AG dipecat! Apa akan jadi pada siasatan 1MDB?

Tanggal 28 Julai 2015 jadi tanggal bersejarah kepada negara Malaysia hari ini. bukan tanggal bersejarah Merdeka atau apa tetapi tanggal dua perkara penting berlaku kepada Malaysia iaitu Peguam Negara, TS Gani Patail dipecat dan Kabinet dirombak! Wauuu.. sungguh tak ku sangka!

pagi2 bila baca berita terkejut kejap dengan berita TS Gani Patail bukan lagi menjadi Peguam Negara. Banyak dakwaan yang dikaitkan dengan pemecatan beliau yang digantikan dengan orang lain. adakah kes ini berkaitan dengan 1MDB? Adakah DS Najib takut beliau akan dipanggil Peguam Negara untuk disiasat isu ini? Hanya mereka yang tahu.

Umum mengetahui TS Gani Patail mengetuai pasukan petugas khas dalam siasatan 1MDB. Jika beliau dipecat, bagaimana dengan siasatan yang akan dijalankan pasukan petugas khas ini? Rakyat mahukan jawapan dengan kadar segera. Bukannya tindakan yang mungkin dianggap untuk melarikan topik ke arah lain agar kes 1MDB lenyap begitu sahaja. tidak!

Dengan berita pemecatan beliau, sedikit sebanyak ia akan mengganggu proses siasatan dan akan mengambil masa untuk menyelesaikan kes ini. Adakah TS Gani Patail akan terus meneraju kes ini sehingga selesai bagi menyempurnakan tugasnya yang terakhir ini? Atau adakah Peguam Negara yang baru iaitu Apandi Ali akan terus melaksanakan tugasnya dalam kes pertama beliau ini? Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat sekarang ini.

Pasukan petugas khas juga pastinya memerlukan pimpinan yang baru dan berkaliber dalam mengetuai siasatan yang dijalankan bagi mencari kebenaran di sebalik kontroversi yang melanda negara kita ini. Dengan dua berita penting yang terjadi hari ini, pastinya ia memberi gambaran buruk kepada rakyat bahawa kes ini tidak mungkin akan diselesaikan dengan mudah. Banyak onak duri dan liku dalam mencari kebenaran dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Walaubagaimanapun, kami sebagai rakyat Malaysia meletakkan harapan tinggi kepada pasukan petugas khas iaitu AG, SPRM, PDRM dan BNM bagi memastikan hal ini dapat diselesaikan dengan sempurna. jangan biarkan anasir luar mengganggu  kes siasatan anda. teruskan mencari maklumat agar anda dapat berbakti kepada negara dengan cara yang betul. kami yakin, pasukan petugas khas mampu memikul tanggunggjawab ini dengan telus dan profesional tidak kira siapa pun kepalanya. perjuangan belum selesai!



Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip