Perkasa SPRM
Seminggu ini memang kecoh dengan kisah SPRM, Panel Penilaian Operasi (PPO) dan The Malaysian Insider. Ceritanya bermula apabila PPO menjalankan mesyuarat terakhir mereka sebagai panel SPRM. Namun, sebelum mesyuarat bermula, ada berita yang tak sahih keluar di TMI. Berita yang agak sensitif sebab melibatkan PM, DS Najib Razak mengatakan sumber dari PPO memberitahu terdapat cukup bukti untuk mendakwa Najib. Selepas pada itu, keluar pula kenyataan dari SPRM dan PPO mengenai hasil mesyuarat yang dijalankan iaitu mengenai kes siasatan SRC Int dan RM2.6b. Kemudian, PPO pula menafikan berita yang dikeluarkan TMI di mana tiada sumber PPO yang mengatakan sedemikian. Keesokkannya pula, TMI ditimpa masalah. Gara-gara menerbitkan artikel yang tidak beretika itu, TMI telah disekat oleh SKMM. Ketua Pengarang dan editor juga telah dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai kes ini. Hahh, macam drama pulak ye. Buat masa ini pun, TMI tidak boleh diakses oleh beberapa pihak termasuk pengguna