Lindungi SPRM, bukannya menjatuhkan!
Radio online SPRM, MACC.FM nampaknya kini semakin mendapat liputan masyarakat dan didengari oleh orang ramai. Bukan setakat hanya ke udara untuk warganya saja, namun ia boleh didengari oleh seluruh rakyat jelata. Semalam, radio itu turut melangkah lebih satu tapak dengan menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan ke konti mereka.
Banyak perkara yang dikongsikan oleh beliau bersama pendengar. Antaranya, pendapat beliau tentang OSA, pencapaian CPI, pandangan beliau mengenai SPRM itu sendiri dan macam-macam lagi.
Perkara yang menjadi perhatian adalah seruan beliau kepada orang ramai untuk memelihara dan melindungi SPRM daripada diserang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Al maklumlah, zaman sekarang ni orang guna macam-macam cara kotor untuk dapatkan apa yang mereka nak.
Kadang-kala, niat jahat sesetengah pihak ni macam melampau pun ada. Mereka mengambil kesempatan atas apa yang berlaku demi kepentingan sendiri. Benda yang tak patut dan tak ada kena mengena dengan politik pun, habis dikaitkannya. Ada otak tapi terlebih fikir pun tak guna jugak.
Nak-nak pulak dengan apa yang berlaku sekarang ni. Senator Datuk Paul Low pun ada menyeru kepada orang ramai untuk berganding bahu dalam melindungi institusi ini. Rakyat Indonesia pun buat macam tu juga dengan Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) mereka. Sampaikan ada yang sanggup berdemo di jalanan kalau ada pihak yang cuba mengganggu gugat institusi mereka. Tetapi di Malaysia? Hmmm..
Pegawai-pegawai SPRM pun harap janganlah patah semangat dengan dugaan dan cabaran yang dihadapi dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi. Kena ingat, bila buat kerja baik, memang akan banyak syaitan-syaitan yang akan mengganggu untuk menggagalkan rancangan kita. Teruskan perjuangan dalam mencari rezeki yang halal dan terus menegakkan kebenaran.
Agenda dan anasir-anasir jahat yang cuba menjatuhkan tu, bawa-bawalah insaf ye. Jangan pentingkan diri sangat sampai lupa awak tu bukannya sempurna sangat pun. Orang kata, gajah depan mata tak nampak, kuman di seberang pulak yang dia nampak ya. Paling penting, yang mana baik tu kita ambillah jadikan tauladan, yang buruk tu, jadikan sempadan untuk kita. Sekian.

Comments
Post a Comment