Apa itu Bahagian Operasi Khas SPRM?
SPRM cukup sinonim dengan siasatan mereka terhadap pesalah laku rasuah dan perkara yang berkaitan dengannya. Namun begitu, di SPRM bukan sahaja ada Bahagian Siasatan yang bertanggungjawab terhadap perkara ini, namun ada satu lagi bahagian yang turut menjalankan siasatan iaitu Bahagian Operasi Khas (BOK).
Apa itu BOK? Dari segi kerja, mungkin mereka berkongsi skop yang sama dengan Bahagian Siasatan. Bezanya ialah BOK menyiasat kes berprofil tinggi dan kes kepentingan awam (public interest case). Sebagai contohnya kes yang menjadi sebutan ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi di seantero dunia iaitu kes SRC International.
Kes seperti ini dikendalikan oleh BOK kerana melibatkan individu yang terlibat mempunyai status atau kedudukan yang tinggi dalam masyarakat kita. Manusia mana yang tak tahu kan siapa yang terlibat dalam isu ini. Selain itu, BOK juga akan menyiasat CEO bagi sesebuah syarikat atau Ahli Parlimen di sesebuah kawasan. Bagi penjawat awam pula, ia melibatkan mereka yang mempunyai Gred 54 ke atas. Senang cerita, BOK ni siasat orang-orang besarlah.
Bukan setakat orang je tapi jumlah pun mesti nak kena besar. Atas RM1 juta je baru BOK akan siasat. Selalunya BOK hanya siasat yang lebih rumit dan mempunyai keperluan di luar negara. Ada kes yang mempunyai transaksi di luar negara yang memerlukan siasatan terperinci dan pasukan ini akan ke sana untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Kes bawah siasatan BOK juga memerlukan masa yang lebih panjang dan rumit kerana mereka memerlukan kerjasama dan bantuan daripada pihak luar seperti Interpol sekiranya sesuatu kes itu melibatkan bukti dan saksi di luar negara
Setiap bahagian ada cabarannya yang tersendiri. Antaranya, proses siasatan yang rumit, tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kes terutamanya jika saksi dan bukti yang diperlukan di luar negara. Selain itu, kegagalan menemui dokumen berkaitan dan apabila saksi melarikan diri atau tidak beri kerjasama.
Untuk menyelesaikan kes ini, semestinya mereka terpaksa menumpukan lebih perhatian dan menambah lebih ilmu untuk memahami kes dengan lebih baik. Untuk selesaikan kes yang biasa oun kadang kala memberi cabaran yang hebat, apatah lagi kes-kes rumit yang dihadapi oleh BOK ini.
Kesimpulannya, setiap bahagian ada fungsi dan cabaran yang terpaksa mereka hadapi setiap hari. Masing-masing ada peranan penting dan tanggungjawab yang perlu digalas dalam skop kerjaya mereka. Orang ramai juga boleh membantu meringankan beban mereka dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam membantu memerangi rasuah. Maklumat yang diberikan juga amat penting kerana kes rasuah lebih rumit daripada kes jenayah ye. Maklumlah, dua-dua pihak dapat manfaat dalam urusan mereka. Perangi rasuah! Anda boleh melakukannya!

Comments
Post a Comment