Rasuah dalam buku teks
Baru-baru ini, SPRM telah mengambil inisiatif dalam pencegahan rasuah dengan memperkenalkan elemen pencegahan rasuah dalam buku teks mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral Tahun Enam bermula tahun ini.
Perkara ini sangat baik kerana ia mendedahkan kepada pelajar sekolah sambil menerapkan nilai murni dan pembentukan sahsiah diri baik sejak di bangku sekolah lagi.
Usaha yang dijalankan sangat bagus kerana orang kata 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Kalau dari kecil kita tak didik anak-anak kita mengenai rasuah, bila lagi masa yang sesuai kan.
Sekarang ni pun, kanak-kanak zaman kini makin 'advance' dari kita berbanding zaman kita kecil-kecil dulu. Mereka lebih pandai dan lebih terdedah dengan dunia luar berbanding kita dulu. Disebabkan itu, mereka perlu untuk diberikan pendedahan mengenai erti rasuah, jenis-jenis dan kesan-kesan rasuah.
Dengan adanya pendekatan seperti ini, ia mendidik anak-anak muda untuk menjauhi rasuah sejak kecil. Sekurang-kurangnya mereka tahu kesan dan bahayanya jika mengamalkan rasuah dalam kehidupan harian.
Mereka juga boleh mengelak dari mengamalkan rasuah di sekolah walaupun secara kecil-kecilan. Contohnya, memberi ganjaran untuk meniru rakan di dewan peperiksaan, merasuah pengawas untuk tidak menulis nama mereka jika melakukan kesalahan dan macam-macam lagi.
Walaupun perkara ini nampak seperti perkara kecil, namun percayalah virus ini akan semakin merebak apabila mereka dewasa dan sudah terbiasa dengan amalan tersebut. Dari kesalahan kecillah, ia boleh menjadi semakin besar. 'Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit'.
Bukan di kalangan murid-murid juga, ia juga merupakan pengajaran yang penting kepada guru-guru. Sambil mereka mengajarkan subjek tersebut kepada murid-murid mereka, secara tidak langsung mereka juga mendapat pengetahuan mengenai rasuah.
Walaupun mustahil guru boleh terlibat dengan rasuah, namun ia tidak mengenal sesiapa. Ganjaran yang ditawarkan mungkin menyebabkan manusia menjadi buta hati dan salah memilih haluan perjalanan.
Kesimpulannya, gejala rasuah haruslah dicegah dari segala aspek tidak kira usia, pangkat dan agama. Manusia boleh tersesat jika tidak diberikan pendekatan yang betul dalam hidup mereka. Ambillah ilmu dan pendekatan yang diberikan agar bermanfaat kelak.

Comments
Post a Comment