TLDM, SPRM tubuh jawatan kuasa perangi rasuah
KUALA LUMPUR 11 Feb. – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan jawatankuasa bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi merangka strategi dan inisiatif dalam memerangi rasuah serta meningkatkan tadbir urusnya.
Kedua-dua agensi itu melalui kenyataan bersama berkata, kerjasama strategik tersebut terjalin selepas Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali mengadakan sesi khas perbincangan di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
“Tindakan proaktif tersebut penting dalam memantapkan pengurusan perolehan dan kewangan serta meningkatkan aspek integriti di TLDM.
“Usaha ini juga dapat memastikan ketelusan dan kejujuran dalam setiap proses kerja, peraturan serta tatacara selain proses perancangan, penyeliaan perolehan, tender serta kontrak dalam perkhidmatan TLDM,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, kerjasama strategik berkenaan juga dilihat mampu mewujudkan jaringan komunikasi yang lebih berkesan sama ada di peringkat tertinggi mahu pun di peringkat operasi selaras dengan hala tuju 2016 Kementerian Pertahanan.
Dalam sesi pertemuan itu, Ahmad Kamarulzaman telah memaklumkan empat inisiatif bagi mengekang isu ketidakpatuhan dan penyelewengan sekali gus membantu kerajaan dalam usaha memerangi rasuah.
Antara inisiatif itu ialah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di tempat Jawatankuasa Penganugerahan Pembelian Terus Bersidang serta tempat yang terdapat aktiviti perolehan agar aspek ketelusan dapat dipastikan.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tldm-sprm-tubuh-jawatan-kuasa-perangi-rasuah-1.189463#sthash.vx6cLDpN.nBNq7WnO.dpuf
Comments
Post a Comment