Pengusaha pasir haram cuba rasuah pegawai SPRM
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua lelaki kerana cuba memberi rasuah kepada pegawai SPRM yang menyerbu kawasan dipercayai lokasi kegiatan perlombongan pasir haram, berhampiran Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) di sini.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan, berkata serbuan yang dibuat dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan Putrajaya itu turut menyita empat jentera pengorek yang digunakan untuk mengorek pasir di kawasan yang sudah beroperasi sejak 2013.
Azam berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat orang awam sejak seminggu lalu yang mendakwa terdapat aktiviti perlombongan pasir haram di kawasan Putrajaya, di mana pengusaha haram memberi rasuah kepada pihak penguat kuasa bagi melindungi kegiatan haram mereka.
Semasa serbuan dijalankan, dua individu berusia lingkungan 30-an dan 50-an telah bertindak memberi suapan lebih kurang RM2,500 kepada pegawai SPRM.
"Wang suapan itu bertujuan (SPRM) tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan haram mereka dan melepaskan lori pasir yang digunakan bagi membawa keluar pasir dari kawasan itu.
"Kedua-dua individu itu disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana memberi rasuah kepada pejawat awam," katanya.
Azam berkata, dianggarkan kira-kira 21 hektar kawasan di situ terbabit dalam aktiviti haram dan siasatan awal mendapati kegiatan itu juga dikatakan dilindungi oleh kumpulan samseng upahan bagi mengugut penguat kuasa, terutama pegawai dan anggota PTG yang cuba untuk mengambil tindakan terhadap mereka.
http://www.bharian.com.my/node/123438

Comments
Post a Comment