Perkasa SPRM

Seminggu ini memang kecoh dengan kisah SPRM, Panel Penilaian Operasi (PPO) dan The Malaysian Insider. Ceritanya bermula apabila PPO menjalankan mesyuarat terakhir mereka sebagai panel SPRM. Namun, sebelum mesyuarat bermula, ada berita yang tak sahih keluar di TMI. Berita yang agak sensitif sebab melibatkan PM, DS Najib Razak mengatakan sumber dari PPO memberitahu terdapat cukup bukti untuk mendakwa Najib.

Selepas pada itu, keluar pula kenyataan dari SPRM dan PPO mengenai hasil mesyuarat yang dijalankan iaitu mengenai kes siasatan SRC Int dan RM2.6b. Kemudian, PPO pula menafikan berita yang dikeluarkan TMI di mana tiada sumber PPO yang mengatakan sedemikian.

Keesokkannya pula, TMI ditimpa masalah. Gara-gara menerbitkan artikel yang tidak beretika itu, TMI telah disekat oleh SKMM. Ketua Pengarang dan editor juga telah dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai kes ini. Hahh, macam drama pulak ye. Buat masa ini pun, TMI tidak boleh diakses oleh beberapa pihak termasuk pengguna Celcom dan Unifi.

Susulan daripada itu, banyaklah pihak yang memberi komen mengenai isu ini. Komen yang menarik pada pendapat saya adalah pandangan dari MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Dalam pendapat beliau yang disiarkan, beliau menggesa agar semakan akta dan pindaan kepada beberapa akta yang berkuasa membenarkan perdana menteri melantik panel penilaian sebagai unit timbang tara dalam suruhanjaya bebas dapat dilaksanakan.

Beliau maksudkan ialah penubuhan panel dan ahli-ahli yang dipilih dalam panel tersebut. Semua sedia maklum bahawa panel-panel SPRM adalah individu yang dipilih oleh PM sendiri. Semestinya perkara ini menimbulkan reaksi yang berbeza dari pihak lain. Sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM perlulah diberi ruang untuk berdiri sendiri dan memilih panel mereka sendiri tanpa campur tangan orang lain.

Nurul Izzah juga memberi cadangan untuk memperkasakan lagi SPRM iaitu:

1) Satu suruhanjaya diraja segera ditubuhkan yang mendapat mandat luas sepenuhnya serta ahli-ahlinya terdiri dari tokoh-tokoh berintegriti.

2) Seksyen 23 dan Seksyen 26 manakala satu seksyen ditambah bagi memperkemaskan Akta SPRM 2009 sedia ada.

3) Kerajaan juga disyorkan untuk meminda peruntukan dalam Seksyen 36 Akta SPRM bagi membolehkan SPRM jika mempunyai maklumat boleh terus menyiasat pemilikan harta seseorang dengan hanya notis pengisytiharan kepada yang disyaki terlibat dengan perlakuan rasuah.

Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Nurul Izzah ini. Bukan menyokong individu tetapi menyokong cadangan yang baik di mana cadangan ini telah lama diperjuangkan oleh SPRM dan pihak lain sebelum ini. Orang kata, yang mana baik kita ambil jadi teladan kita.

Dengan keadaan sekarang ini, SPRM perlu lebih diperkasa dan diperhebatkan lagi kuasa mereka. SPRM perlu untuk diberi kuasa yang sendiri kerana mereka boleh menyiasat sesiapa tanpa mengira pangkat, kuasa atau parti mana sekali pun. SPRM juga mestilah tidak boleh diganggu oleh sesiapa pun dalam operasi yang dijalankan mereka.

Amatlah besar harapan rakyat agar cadangan ini dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Ini semua untuk memastikan SPRM dapat merealisasikan moto mereka yang bebas, telus dan profesional. Semoga semua ini dapat menjadi kenyataan satu hari nanti.

1) Satu suruhanjaya diraja segera ditubuhkan yang mendapat mandat luas sepenuhnya serta ahli-ahlinya terdiri dari tokoh-tokoh berintegriti.
2) Seksyen 23 dan Seksyen 26 manakala satu seksyen ditambah bagi memperkemaskan Akta SPRM 2009 sedia ada.
3) Kerajaan juga disyorkan untuk meminda peruntukan dalam Seksyen 36 Akta SPRM bagi membolehkan SPRM jika mempunyai maklumat boleh terus menyiasat pemilikan harta seseorang dengan hanya notis pengisytiharan kepada yang disyaki terlibat dengan perlakuan rasuah.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/rencana/article/selamatkan-malaysia-daripada-gengaman-perdana-menteri-ala-maharaja-nurul-iz#sthash.3ZDEPzqq.dpuf
menggesa agar semakan akta dan pindaan kepada beberapa akta yang berkuasa membenarkan perdana menteri melantik panel penilaian sebagai unit timbang tara dalam suruhanjaya bebas dapat dilaksanakan. - See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/rencana/article/selamatkan-malaysia-daripada-gengaman-perdana-menteri-ala-maharaja-nurul-iz#sthash.3ZDEPzqq.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip