Abu Kassim akan teruskan agenda cegah rasuah
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abu Kassim Mohamed bertekad untuk meneruskan agenda membanteras rasuah walaupun bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mulai 1 Ogos depan. Katanya, tempoh perkhidmatan selama enam tahun tujuh bulan sudah cukup lama dan dia berterima kasih kepada semua pihak termasuk pegawai dan kakitangannya kerana sepanjang tempoh itu mereka berjaya menjadikan SPRM kini sebagai antara agensi pencegahan rasuah yang disegani di dunia. "Terima kasih kepada seorang tokoh yang amat penting dengan menukarkan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kepada SPRM iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.. terlalu banyak peristiwa yang hendak diceritakan tentang komitmen beliau kepada BPR dan SPRM sehingga menjadi satu agensi yang dihormati dalam negara serta disegani seluruh dunia. "Terima kasih juga kepada pihak yang 'berperang' di Parlimen untuk memastikan Akta SPRM 2009 menjadi