Rayuan Kes Rasuah Ditolak, Empat Pegawai Imigresen Kekal Ke Penjara
SHAH ALAM, 21 Julai (Bernama) -- Tangisan hiba memenuhi bilik prosiding Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas empat pegawai Imigresen gagal dalam rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan rasuah.
Nasib juga tidak menyebelahi mereka apabila terpaksa terus ke penjara setelah permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu ditolak Hakim Datuk Ghazali Cha.
Hakim Ghazali mengetepikan rayuan Azmir Mahadi, 33, Ahmad Zahed Abd Halim, 33, Mohd Hafiz Zakaria, 32, dan Mohd Khairul Haqimie Kamaruddin, 31, yang ketika kejadian, bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang dekat sini.
Sejurus mahkamah membuat keputusan itu, keempat-empat mereka yang sebelum ini dalam jaminan, tidak dapat menahan kesedihan dan memeluk anggota keluarga masing-masing yang turut hadir di mahkamah.
Pada 22 Feb 2013, kesemua pegawai Imigresen itu dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda berjumlah RM239,700 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah memperoleh rasuah sebagai upah bagi memudahkan kemasukan penumpang warga Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat.
Dalam prosiding sama hari ini, Hakim Ghazali turut membenarkan rayuan silang yang difailkan oleh pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan Azmir daripada satu pertuduhan cuba memperoleh suapan tetapi menolak rayuan silang pihak pendakwaan terhadap pembebasan Mohd Khairul Haqimie daripada dua pertuduhan memperoleh suapan.
Ketika membuat keputusan itu, Hakim Ghazali berkata berdasarkan keterangan saksi, Jabatan Imigresen telah menetapkan peraturan bahawa warga asing yang memasuki Malaysia perlu mempunyai dokumen, visa dan tiket yang sah serta bebas daripada senarai mereka yang disyaki.
Beliau berkata empat perayu (Azmir, Ahmad Zahed, Mohd Hafiz dan Mohd Khairul Haqimie) telah ditugaskan untuk memastikan syarat-syarat itu dipenuhi.
Hakim Ghazali berkata melalui keterangan saksi juga terdapat amalan pemberian wang jaminan kepada pegawai Imigresen bagi melonggarkan pemeriksaan ke atas kemasukan penumpang dari Indonesia ke Malaysia, yang akan dibayar oleh ejen syarikat perkapalan.
"Setelah meneliti pembelaan kesemua perayu, saya berpendapat pembelaan mereka adalah afterthought (difikirkan semula), bersifat penafian semata-mata serta gagal mematahkan anggapan kebersalahan mereka.
"Saya mendapati hakim Mahkamah Sesyen telah menilai dan menimbang pembelaan kesemua perayu dengan teliti dan tidak melakukan kekhilafan dalam membuat keputusan.
"Saya berpuas hati dengan penemuan hakim dan sabitan ke atas kesemua perayu kecuali bagi tiga pertuduhan terhadap perayu Azmir (satu tuduhan) dan Mohd Khairul Haqimie (dua tuduhan)," kata Hakim Ghazali.
Mengenai hukuman yang wajar dikenakan, beliau berpendapat perayu tidak perlu dipenjara terlalu lama memandangkan mereka adalah pesalah pertama serta perlu menanggung keluarga masing-masing dan tempoh penjara terlalu lama akan merenggangkan hubungan kekeluargaan termasuk menyebabkan berlaku perceraian.
Sehubungan itu, Hakim Ghazali memerintahkan Azmir dipenjara lima tahun dan denda RM60,000 atau 36 bulan penjara (jika gagal bayar denda) bagi lima kesalahan memperoleh suapan berjumlah RM3,810 dan satu kesalahan cuba memperoleh suapan RM920 yang dilakukan di Affin Bank Bhd cawangan Pelabuhan Klang dekat sini, antara 15 Ogos 2010 hingga 22 Ogos 2010.
Hakim Ghazali bagaimanapun mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM120,000 atau 12 tahun penjara ke atas Ahmad Zahid bagi 12 kesalahan memperoleh suapan berjumlah RM13,590 di Maybank cawangan Bukit Tinggi, Klang dekat sini antara 26 Julai 2010 dan 28 Ogos 2010.
Selain itu, beliau menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM55,700 atau 36 bulan penjara ke atas Mohd Hafiz bagi empat kesalahan memperoleh wang tunai berjumlah RM8,690 di tiga lokasi berasingan di CIMB Bank cawangan Pelabuhan Klang, Kuarters Imigresen Pandamaran, Klang dan EON Bank cawangan Pelabuhan Klang antara 25 Sept 2010 dan 30 Sept 2010.
Sementara Mohd Khairul Haqimie dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM14,000 atau setahun penjara bagi kesalahan memperoleh suapan wang tunai RM2,650 di Maybank cawangan Bukit Tinggi, Klang, pada 28 Ogos 2010.
Hakim Ghazali mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepaskan dan membebaskan Mohd Khairul Haqimie daripada dua lagi pertuduhan memperoleh suapan wang tunai RM700 dan RM4,000 di hadapan Restoran Moden, Simpang Kudrat, Klang pada 28 Sept 2010.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Azmir dan Mohd Khairul Haqimie diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sementara Mohd Hafiz diwakili peguam Abdul Halem Mohamad Husin dan peguam Francis Xavier mewakili Ahmad Zahed.
Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd dan Norhayati Raihan Wahab hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment