Skip to main content

SPRM hubungi pejabat Istana TMJ

JOHOR BAHRU 20 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menghubungi pejabat Istana Tunku Mahkota Johor untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dakwaan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa berlaku ketirisan dan salah pengurusan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bagaimanpun, Pengarah SPRM negeri, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Kami telah berhubung dengan pihak istana Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan kini dalam tindakan SPRM,” katanya ringkas.

SPRM dalam satu kenyataan semalam mengalu-alukan supaya Tunku Ismail menyerahkan pendrive yang didakwanya mempunyai maklumat berkaitan perlakuan rasuah dan salah urus dalam FAM untuk membolehkan tindakan lanjut diambil.

Menurut kenyataan itu, pihak SPRM juga bersedia mengambil tindakan sewajarnya sekiranya maklumat yang terkandung dalam pendrive itu didapati menyalahi undang-undang serta mempunyai asas di bawah Akta SPRM 2009.

Tunku Ismail menerusi laman sosial Facebook, JOHOR Southern Tigers kelmarin mendakwa mempunyai pendrive yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung ketirisan dan salah laku FAM yang diberikan oleh sahabat-sahabat beliau yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Tunku Ismail bakal bersemuka dengan Exco tertinggi dan pegawai-pegawai FAM secara peribadi dan privasi untuk membincangkan serta menyelesaikan isu yang didakwa berlaku oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Pertemuan yang akan dibuat sama ada di Kuala Lumpur atau Johor itu nanti bertujuan menggesa individu tertentu berundur dan memberikan tugasan kepada mereka yang lebih berkaliber, dedikasi serta berintegriti menerajui FAM termasuk pengurusan pasukan negara.

http://www.utusan.com.my/sukan/sprm-hubungi-pejabat-istana-tmj-1.355890#sthash.UBb962Hz.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip