KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: AKADEMI PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (MACA) ANJUR PROGRAM ENHANCING INTEGRITY PROGRAM (EIP)







AKADEMI Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) menerusi peserta Kursus Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 14 dan 15 telah mengadakan program Enhancing Integrity Project (EIP) untuk memberi kesedaran mengenai kesan pembangunan tanah secara haram dan kesannya terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar bermula semalam di Kangar, Perlis.

Antara pengisian program ialah Forum Integriti bertemakan Pembangunan Tanah: Dilema vs Integriti, Kayuhan Integriti bersama DYTM Raja Muda Perlis, Karnival Pendidikan Integriti dan Forum Perdana Integriti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Sri Haji Mustafar Ali berkata, langkah menempatkan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di sesebuah organisasi awam mahupun swasta merupakan usaha berterusan yang diharap mampu memantapkan perjalanan sistem pengurusan.

CeIO bakal menjadi tonggak dalam meningkatkan keupayaan organisasi ke arah organisasi cemerlang, bebas dari rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa serta kelemahan pentadbiran.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian program Enhancing Integrity Project (EIP) yang disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Beliau menambah, dalam menangani rasuah di sektor alam sekitar, beberapa proses perlu dilihat khususnya mengenal pasti punca-punca, mengambil tindakan, pencegahan, penyiasatan, pendakwaan dan hukuman.

Seramai 44 orang peserta CeIO Siri 14 dan 15 mengendalikan program EIP yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kangar, Perlis.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
KANGAR, PERLIS

23 JULAI 2016

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip