SPRM: Lebih 1,000 pegawai kerajaan, GLC ditahan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 1,037 pegawai kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berikutan kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram antara tahun 2014 sehingga September lepas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low berkata, mereka terdiri daripada 225 penjawat awam dan dua dari GLC yang ditahan pada 2014; 398 penjawat awam dan tujuh pegawai GLC (2015) serta 388 penjawat awam dan 17 pegawai GLC ditahan bagi tempoh Januari sehingga September lepas. "Jumlah nilai suapan yang dirampas dan dibekukan pada 2014 adalah sebanyak RM113,436,354.80; 2015 (RM30,782,280.29) dan sehingga September 2016 jumlah yang telah dirampas dan dibekukan adalah RM27,554,652.31," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Low menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) mengenai bilangan pegawai kerajaan daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta GLC yang ditangkap