SPRM, KBRI kerja sama



Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat julung kalinya menjalinkan kerjasama dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) bagi menggalakkan rakyat negara itu yang berada di Malaysia melaporkan salah laku rasuah.
Kerjasama itu berbentuk program pendidikan tersusun yang akan disebarkan kepada warga Indonesia melalui kedutaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, SPRM melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat sentiasa mencari peluang dan platform baru untuk menyebarkan maklumat dan mendidik masyarakat.
"Kami menyerahkan kit yang mengandungi DVD, risalah dan poster yang menyampaikan mesej anti-rasuah serta cara melaporkan rasuah kepada SPRM.
"DVD itu akan ditayangkan di semua televisyen di ruang kaunter menunggu di KBRI, di sini dan dianggarkan kira-kira 700 warga Indonesia akan menyaksikannya dalam masa sehari," katanya.
Majlis penyerahan diadakan di KBRI, Jalan Tun Razak, di sini dan dihadiri Duta Besarnya Herman Prayitno.



Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip