SPRM pasang ‘mata-mata’ di jabatan kerajaan, GLC

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meletakkan “mata-mata” di jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), lapor New Straits Times.
Akhbar berbahasa Inggeris tersebut hari ini turut melaporkan suruhanjaya itu akan mengambil tindakan tidak lama lagi kerana penyelewengan.
“Mereka berjaya menyesuaikan diri dengan begitu baik sehingga tidak ada yang mengesyaki apa-apa, malah semasa serbuan SPRM dibuat.
“Kehadiran pegawai ini memberi amaran jelas kepada pegawai kerajaan, terutama mereka yang berurusan dengan dana dan pembuat keputusan.
“Mereka perlu berfikir dua kali sebelum terjebak dengan amalan rasuah,” kata sumber kepada akhbar itu.
Timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Azam Baki memberitahu NST, pihaknya akan mencadangkan akta baru bagi membolehkan tindakan terhadap pegawai yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian dalam perolehan kerajaan.
Tambahnya, dalam kes-kes tertentu ada pegawai kerajaan yang berpura-pura tidak tahu dan mendakwa kerugian itu “hanya satu kesilapan yang tidak disengajakan”.


Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip