SPRM NAFI DAKWAAN KES JANS TIADA UNSUR RASUAH
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya Suruhanjaya berkenaan telah mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) adalah tidak benar sama sekali serta mengelirukan masyarakat. SPRM telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam. Faktanya, pada 29 Disember 2016, tiga individu termasuk bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan isterinya telah pun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan pengubahan wang haram dan sebutan kes tersebut telah ditetapkan pada 8 Ogos 2017. Ketiga- tiga tertuduh ialah Ag. Mohd Tahir Mohd Talib, 54 dan isterinya Fauziah Ag. Piut, 51 serta Lim Lam Beng, 62. Ag. Mohd Tahir didakwa dengan 12 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan