SPRM KESAN LELAKI BANTU SIASATAN
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klang sedang mengesan seorang lelaki warganeagara Malaysia bagi membantu siasatan kes SPRM.
Lelaki tersebut, Mohamad Saip Mohd. Taib, yang merupakan pemilik NS Sutera Enterprise didapati mempunyai alamat terakhir di M1 G-14, Jalan Pandan Indah 6/1, Pandan Indah, 55100 Ampang, Selangor.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa, Muhamad Jais Sulaiman di talian 03-3371 5080/2579 atau 016-802 4814.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
5 JULAI 2017
Comments
Post a Comment