SPRM dijangka ke pejabat FIC hari ini

KUALA LUMPUR 16 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka menghantar pasukan penyiasatnya ke pejabat Felda Investment Corporation (FIC) di Jalan Semarak, di sini esok bagi mengambil beberapa dokumen yang boleh membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London.

Menurut sumber, pasukan penyiasat tersebut dijangka tiba di pejabat FIC kira-kira pukul 10 pagi.

“SPRM kini dalam proses me­ngumpul seberapa banyak maklumat yang boleh membantu siasatan.

“Dokumen yang diambil juga adalah bagi mengenal pasti saksi atau mana-mana individu yang boleh dipanggil SPRM untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujar sumber, sebaik sahaja pro­ses mengambil dokumen tersebut dijalankan, mereka yang didapati mempunyai kaitan dalam kes tersebut akan diambil keterangannya dalam masa terdekat.

Tambahnya, SPRM juga masih belum memanggil mana-mana individu berhubung siasatan kes tersebut.

Pada 10 Julai lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan pihaknya telah mengarahkan pasukan penyiasat membuka kertas siasatan terhadap Felda selepas pihaknya menerima maklumat baharu berhubung kes tersebut.

Beliau turut memaklumkan siasatan pihaknya membabitkan kemelut Felda Global Ventures Hol­dings Bhd. (FGV) masih diteruskan.

Susulan pendedahan itu, SPRM dalam satu kenyataan kelmarin menyatakan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014.

Kenyataan itu menjelaskan, individu-individu berkenaan me­rupakan saksi penting bagi membantu siasatan mengenai proses pembelian hotel tersebut antara 2013 hingga 2015.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sprm-dijangka-ke-pejabat-fic-hari-ini-1.503743#ixzz4n3IJn15k 

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip