SPRM kesan YDP DPMM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan Pengarah Syarikat Semarak Sinergi Sdn Bhd, Sabri Ahmad Tah, bagi menyelesaikan pendakwaan kes rasuah di mahkamah.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, kes itu membabitkan projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak dan pembekalan bahan binaan pada 2014.
Katanya, Sabri yang juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak, berusia 47 tahun dan beralamat terakhir di No 11, Jalan SCI 3/12, Garden Villa, Bandar Baru Sunway, Tambun, Ipoh, Perak.
Sesiapa yang mempunyai maklumat dan mengenali Sabri diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd Zulfadhli Mohamad Yusof di talian 03-88867094 atau 018-2303110.
http://www.bharian.com.my/node/298876
http://www.bharian.com.my/node/298876
Comments
Post a Comment