Beli hotel mewah disiasat
KUALA LUMPUR 12 Julai - Siasatan yang dijangka dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Felda dipercayai berhubung isu pembelian hartanah di sebuah kawasan oleh agensi itu.
Difahamkan, maklumat terbaharu itu mempunyai kaitan dengan isu pembelian hotel mewah yang telah dibangkitkan di Dewan Rakyat tahun lalu dan dipercayai tiada kertas siasatan dibuka sebelum ini.
Menurut sumber, siasatan yang akan dilakukan adalah berkenaan salah guna kuasa dalam isu terbabit.
“Setakat ini, maklumat yang diperoleh tidak dapat didedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.
Advertisement
Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dalam satu kenyataan mendedahkan pihaknya akan membuka satu kertas siasatan baharu terhadap Felda.
Ujarnya, tindakan itu dibuat setelah SPRM menerima maklumat baharu mengenai satu isu yang melibatkan Felda.
Beliau turut memaklumkan siasatan membabitkan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) masih diteruskan.
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/beli-hotel-mewah-disiasat-1.502181#ixzz4mfY4xKdi
Comments
Post a Comment