Maritim Malaysia antara terbaik tangani rasuah
PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjadi antara pasukan beruniform kerajaan terbaik dalam tindakan menangani salah guna kuasa dan membanteras amalan rasuah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Jamidin Abdullah, berkata penilaian itu berdasarkan aduan dan penolakan sogokan yang dilaporkan pegawainya kepada SPRM.
Katanya, jumlah kes yang tinggi membabitkan amalan rasuah dilaporkan pegawai Maritim Malaysia itu menunjukkan ketegasan mereka dalam memerangi isu rasuah dan mengekang ketirisan hasil negara.
"SPRM mendapati ada beberapa pegawai Maritim Malaysia yang sama kerap tampil membuat laporan berkaitan rasuah yang ditawarkan kepada mereka.
"Justeru, mereka ini layak menerima anugerah atas integriti yang ditunjukkan ketika menjalankan tugas," katanya pada sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Maritim Malaysia, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Zulkifli Abu Bakar; Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Datuk Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Datuk Taha Ibrahim.
Pada majlis itu, lebih 4,000 pegawai dan anggota Maritim Malaysia dari seluruh negara menyahut seruan dengan mengambil inisiatif menandatangani IBR yang diadakan secara kerjasama dengan SPRM.
Sehingga kini, sebanyak 193 agensi sudah menandatangani IBR termasuk 15 kementerian; jabatan kerajaan (57); kerajaan negeri (63); badan berkanun (24); institusi pengajian tinggi swasta (6) dan 20 badan bukan kerajaan (NGO).
Jamidin berkata, sebagai sebuah agensi penguatkuasa, Maritim Malaysia perlu diperkasa dan diperkukuhkan supaya sentiasa bebas rasuah bagi mengelak dipandang negatif oleh negara luar.
Tambah beliau, antara kegiatan rasuah terbaharu yang dilaporkan adalah oleh pegawai Maritim Malaysia bertugas atas kapal peronda pesisir pantai (OPV), KM Pekan, yang menolak sogokan berbentuk wang tunai.
Katanya, amalan rasuah itu sering dilakukan oleh kumpulan nelayan yang tidak mempunyai lesen selain penyeludup barangan yang menawarkan ganjaran lumayan dalam bentuk wang tunai.
"SPRM berharap semua anggota beruniform kerajaan menunjukkan integriti yang tinggi dan jangan hanya menolak sogokkan yang kecil tetapi menerima apabila ditawarkan habuan besar.
"Perbuatan jenayah ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia tidak hanya mencalarkan imej sesebuah pasukan penguatkuasa, sebaliknya turut mengancam keselamatan negara," katanya.
http://www.bharian.com.my/node/299516

Comments
Post a Comment