Najib mengaku tidak bersalah 25 tuduhan
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 pertuduhan membabitkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.
Najib bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa atas empat pertuduhan sebagai Pegawai Badan Awam iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah bagi dirinya sendiri.
Bagi pertuduhan pertama beliau didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM60,629,839.43 di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan di sini, antara 24 Februari 2011 dan 14 Jun 2011.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan RM90,899,927.28 di tempat yang sama antara 31 Oktober 2012 dan 20 November 2012.
Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, Najib didakwa menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan sebanyak RM2,081,476,926 dan RM49,930,985.70.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di tempat yang sama antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 serta antara 23 Jun 2014 dan 19 Disember 2014.
Bagi semua perbuatan itu, Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi 21 pertuduhan lagi, Najib didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.
Najib didakwa atas 16 pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram daripada akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura ke akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum memindahkannya semula ke akaun milik Tanore semula berjumlah RM2,196,786,711.87.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, No 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, antara 22 Mac 2013 sehingga 10 April 2013.
Bagi lima pertuduhan lagi, Najib didakwa menggunakan hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM20,000,000 untuk dibayar kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), RM100,000 dibayar kepada UMNO Bahagian Batu Kawan, RM246,000 kepada Lim Soon Peng, RM2,000,000 kepada ORB Solutions Sdn Bhd dan RM303,000 kepada Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd.
Najib didakwa melakukan perbuatan itu di tempat yang sama antara 2 Ogos 2013 sehingga 14 Ogos 2013.
Bagi semua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram, Ahmad Akram Gharib, Mustafa P Kunyalam, T Deepa Nair, Nadia Mohd Izhar dan Aaron Abhilash Paul Chelliah.
Pembelaan diwakili oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh, Farhan Read, Rahmat Hazlan, Hamidi Mohd Noh dan Mohd Farhan Muhammad Shafee.
Hakim Azura membenarkan Najib, 65, diikat jamin RM3.5 juta dengan dua orang penjamin dengan membayar RM1 juta pada keesokan hari manakala selebihnya, dibayar sehingga 28 September ini.
Mahkamah juga menetapkan 16 November ini untuk sebutan semula kes.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/476022/najib-mengaku-tidak-bersalah-25-tuduhan

Comments
Post a Comment