Suami isteri didakwa rasuah
SHAH ALAM 20 Sept. - Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas 20 pertuduhan menerima dan bersubahat melakukan rasuah berjumlah RM312,100 dari Jun 2015 hingga September 2017.
Tertuduh, Suryono Samdul, 58, yang juga bekas jurutera Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Lyana Abdullah, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan itu ketika dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mengikut pertuduhan, Suryono yang ketika itu Jurutera Kawalan Kualiti Petronas Technical Services Sdn. Bhd. didakwa menerima suapan berjumlah RM312,100 secara berperingkat daripada syarikat KJ Inspection and Services Sdn. Bhd. dan Pioneer Engineering Sdn. Bhd. sebagai upah mencadangkan syarikat itu menjadi sub kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja untuk projek Ammonia dan Urea Sabah (Samur) di Sabah.
Lyana pula didakwa bersubahat dengan Suryono melakukan kesalahan itu dengan menggunakan akaun milik syarikatnya, LS Lyana Enterprise untuk menerima wang suapan itu.
Kesalahan itu dilakukan di Public Bank Taman Sri Muda, No. 2, jalan Sepadu B25/B, Seksyen 25, Shah Alam antara 9 Jun 2015 hingga 26 September 2017.
Berikutan itu, kedua-dua tertuduh masing-masing didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 28(1)(c) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 17(a) Akta SPRM.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh hukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd. Firdaus Abu Hanipah manakala tertuduh diwakili peguam Akmal Wahidah Abd Halim.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin bagi Suryono dan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi Lyana.
Tarikh sebutan semula kes pada 19 Oktober ini. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/suami-isteri-didakwa-rasuah-1.751340#ixzz5RgnODDuV

Comments
Post a Comment