Posts

Showing posts from August, 2015

Who should be blamed over political funding issue? – Walter Sandosam

What is wrong has to be put right. Those who flout the law should be punished to the full extent of the law. If the Malaysian legal framework is lacking in laws to bring to justice the accused, then appropriate laws should be introduced so that there is clarity on what constitutes an offence and what does not. Without these basics, we will all be just blowing hot air when commenting on issues based on our self-defined norms of good conduct, morals and ethical behaviour which is acceptable in our Malaysian society. Political funding has always been recognised as an avenue for corruption to thrive. Money politics is, after all, the mother of corruption which breeds its own spin-offs and which then permeates every echelon of society. Sadly in Malaysia, notwithstanding the efforts of independent agencies namely the Malaysian Anti-Corruption Commission, the fight against corruption has become more challenging. The lack of transparency and accountability when taken together are the

Siasatan RM2.6 Bilion Dan SRC International Masih Berjalan - SPRM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan ke atas SRC International dan dana RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri. Suruhanjaya itu turut menafikan kenyataan beberapa pihak bahawa Ketua Pesurujayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed atau badan itu pernah mengeluarkan kenyataan kedua-dua siasatan berkenaan telah ditutup. "Sehubungan itu SPRM menekankan, siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan," menurut SPRM dalam satu kenyataan di sini, hari ini. SRC International merupakan sebuah daripada anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada 2012. Badan itu berharap "tidak ada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai, dan membina persepsi negatif terhadap SPRM." SPRM dalam kenyataan itu juga, turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa "dana RM2.6 bilion adalah sumbangan d

SPRM tidak sertai siasatan 1MDB?

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak ada masalah jika benar ia tidak dilantik menganggotai sebuah pasukan agensi penguat kuasa baharu yang dipercayai ditubuhkan Peguam Negara selepas pasukan khas yang menyiasat kes 1MDB dan SRC International dibubarkan baru-baru ini. “Tanpa pasukan khas pun kita akan teruskan tugas secara bebas, telus dan profesional mengikut undang-undang. “Malah, pegawai kami dalam pasukan tugas khas sebelum ini boleh menumpukan siasatan kepada kes utama kami,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, SPRM  bagaimanapun mengharapkan pasukan baharu yang dibentuk itu akan berkongsi maklumat dengan SPRM sekiranya mengesan sebarang bentuk unsur rasuah dalam siasatan masing-masing. “Jika perkara ini benar, saya nasihatkan pasukan ini rujuk kepada SPRM sekiranya mereka terjumpa mana-mana kes rasuah dan salah guna kuasa dalam siasatan mereka. Ini kerana itu tanggungjaw

Abu Kassim tegaskan selesai isu SRC International

Image
Abu Kassim diiringi isterinya, Puan Sri Bebee Rashidah Zakaria Merican di sebuah pusat perubatan di Subang hari ini. SUBANG - [DIKEMASKINI] Selagi saya Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), saya akan memastikan siasatan berkenaan isu SRC‎ International selesai," tegas Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Katanya, beliau akan memastikan siasatan dijalankan secara sempurna sebagaimana kes-kes yang disiasat SPRM sebelum ini. Beliau yang ditemani isteri, Puan Sri Bebee Rashidah Zakaria Merican dan anaknya Hazmi berkata demikian ketika ditemui Sinar Online selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di sini. Beliau dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh masyarakat yang menyokong badan anti rasuah itu. "Saya ucapkan terima kasih kepada masyarakat yang memberi sokongan kepada SPRM semasa kami mengalami krisis," katanya yang masih kelihatan lemah. Ditanya mengenai hasil rawatan yang dijalani oleh Abu Kassi

Panel Perundingan SPRM Yakin Peranan JKNMPP

Image
KUALA LUMPUR – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mewujudkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) langkah yang penting dan tepat pada masa. Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Johan Jaaffar berkata, pihaknya mengalu-alukan dan menyokong langkah tegas untuk memantau dana politik tersebut. “Tindakan untuk mengawal selia pembiayaan politik melalui pembaharuan dan undang-undang yang diperlukan adalah satu langkah yang penting dan tepat pada masanya. “Ketelusan dalam pembiayaan politik adalah kunci untuk membasmi rasuah politik. Orang ramai sentiasa menuntut ketelusan dalam bidang ini kerana wujud persepsi mengenai cara parti politik dan kempen pilihan raya dibiayai,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Johan berkata, pihaknya bagaimanapun berharap komposisi JKNMPP selain wakil-wakil dari pertubuhan masyarakat dan individu ternama harus turut

MACC: Give full disclosure for all political funding

PETALING JAYA: The Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) wants full disclosure of all funding received by political parties, as it welcomed a Government move to formulate guidelines on political funding. The commission wanted political organisations to declare all sources of funding and for its accounts to be audited annually or at any time for the purpose of monitoring. "This is to ensure transparency of any party and individual. Some people do not perceive certain political parties well due to the nature of its funding. "In this case, it is important for political parties to always build a positive public perception," said the MACC in a statement on Saturday. On Friday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced the formation of a national consultative committee to formulate guidelines on political funding. The Commission said the announcement was in line with its own recommendation that political donations should only be deposited direc

Najib Umum Penubuhan J/kuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik

Image
Najib bersama Paul Low (kiri) dan Idris Jala PUTRAJAYA, 14 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif. Beliau berkata JKNMPP akan menghasilkan pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti melalui pembaharuan dan penambahbaikan undang-undang yang diperlukan dalam tempoh setahun, dan seterusnya dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14. Buat masa ini, tidak ada peraturan mengenai pembiayaan politik yang boleh menentukan sesuatu itu salah atau tidak, walaupun terdapat beberapa peraturan mengenai perbelanjaan pilihan raya. "Pelan ini diharap akan meningkatkan keyakinan bukan sahaja kepada anggota parti-parti politik malah rakyat dan generasi akan datang," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Najib berkata JKNMPP akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Per

Pegawai SPRM perlu diberi perlindungan daripada pendakwaan - Noor Farida

Image
NOOR FARIDA: SPRM perlu diberikan kebebasan sebagai sebuah badan penguatkuasa yang berperlembagaan di bawah Parlimen. KUALA LUMPUR: Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan perlindungan daripada pendakwaan seperti yang diberikan kepada penyelia bank dalam negara ini, kata ahli Kumpulan Tokoh Melayu (G25) Datuk Noor Farida Ariffin. Jelas beliau lagi, badan itu sewajarnya diberikan kebebasan sebagai sebuah badan penguatkuasa yang berperlembagaan di bawah Parlimen. Selain itu katanya sudah tiba masanya untuk SPRM diberikan kuasa pendakwaan. "SPRM patut diberi kuasa pendakwaan untuk mengukuhkan kuasa penyiasatannya yang sedia ada. Sebagai tambahan, pegawai-pegawai SPRM juga sepatutnya diberi perlindungan daripada pendakwaaan seperti penyelia-penyelia bank," kata Noor Farida. Beliau yang juga bekas duta Malaysia ke Belanda berkata demikian dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Bersih 4 di Auditorium Ma

Wajib berdiri di belakang SPRM

Image
Minggu lalu keretaku rosak lagi. Aku menghantarnya ke bengkel biasa. Sebelum ini urusanku dengan pemilik bengkel memang urusan kereta. Hampir tak pernah kami berbual, kecuali basa-basi kecil. Hujan sedang lebat di luar. Aku terkandas. Pemilik bengkel tersebut, yang aku panggil Abang Sham memberitahu yang dia tidak boleh mula bekerja lagi, “Biar kereta sejuk sedikit.” Aku angguk dan dia duduk di sebelahku. Kami berbual bermacam-macam perkara. Antara yang aku tertarik ialah apabila abang Sham memberitahu dia menghantar dua orang anaknya ke luar negara untuk belajar perubatan dan kejuruteraan tanpa memohon pinjaman mana-mana. Katanya dia hidup berdikit dan bekerja keras. Lebih mengejutkan, dia memberitahuku yang dia mahu anak-anaknya tidak pulang ke Malaysia untuk bekerja. “Itu juga punca saya tak buat apa-apa pinjaman supaya mereka boleh belajar dan bekerja di mana saja di dunia. Saya beritahu anak-anak, sepuluh tahun di luar negara lebih baik dari sepuluh tahun di Malaysia.

More want A-G to act over transfers

Image
Making his point: Lim discussing the MACC transfer during the interview. PETALING JAYA: Civil society groups want new Attorney-General Tan Sri Mohd Apandi Ali to act on former A-G Tan Sri Abu Talib Othman’s call to investigate the Chief Secretary and Public Services Department director-general for transferring two Malaysian Anti-Corruption Commission directors. “I agree with Abu Talib’s comment that the transfer of the two MACC officers may be an offence under Section 186 of the Penal Code,” said Lim Chee Wee, MACC’s Operations Review Panel member. It might also be an offence under Section 48 of the MACC Act which deals with interference of the agency’s investigations, he added. On Wednesday,  The Star  quoted Abu Talib as saying Chief Secretary Tan Sri Dr Ali Hamsa and PSD director-general Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal had “ prima facie , committed an offence” under Section 186 which touches on contempt of the lawful authority of public servants. On Friday, MAC