SPRM, tolong teruskan siasatan walaupun ada gangguan!

Minggu lepas, 3 penahanan individu berhubung kes 1MDB mengejutkan ramai pihak terutama dua orang individu yang berkait dengan SPRM. Pertama, bekas ahli lembaga penasihat SPRM, Tan Sri Datuk Rashpal Singh Jeswant Singh dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

paling memeranjatkan, serbuan yang dibuat ke atas TPR SPRM pada waktu 1 pagi! apa yang cuba dibuktikan polis dalam serbuan ni? difahamkan, komputer riba dan dokumen berkaitan 1MDB diambil semasa serbuan dijalankan.

tak fahamlah dengan sistem yang dibuat ni. kata siasatan tengah dijalankan tetapi ada gangguan yang kacau proses siasatan berlaku. bukan ke benda ni akan mengganggu proses siasatan? sikit atau banyak mesti akan memberi kesan kepada keseluruhannya.

dengan adanya serbuan ni, macam-macam persepsi yang akan bermain di fikiran orang ramai. apa sebenarnya motif yang nak ditunjukkan dengan membuat serbuan dan tangkapan tu? betul ke mereka yang dedahkan maklumat? habis tu sekarang, macam mana orang nak bagi maklumat pada pihak berkuasa untuk melaporkan sesuatu? karang tak pasal-pasal semua kena tangkap sebab bocorkan maklumat.

satu lagi persepsi yang menghantui sekarang ni. adakah serbuan yang dibuat adalah untuk melambatkan proses siasatan yang dibuat atau untuk menghentikan kerja-kerja SPRM atau agensi yang terlibat untuk membongkar kebenaran? semua ni adalah satu wayang untuk menutup sesuatu yang kita tak tahu? hmm mungkin. paling teruk kalau, apa yang dibuat tu adalah sebagai satu ugutan untuk menghentikan SPRM daripada menjalankan kerja.

semua orang tahu kes ni kes yang sangat menarik perhatian orang ramai. lagi-lagi bila ia melibatkan kuasa besar di Malaysia (you know who). janganlah ada yang gunakan kuasanya untuk melepaskan diri daripada terbongkar. mungkin tindakan ini dibuat sebagai respon panik untuk selamatkan diri. ni MUNGKINNN.

apa yang dapat diperhatikan, banyak gangguan yang pasukan petugas khas terima dalam penyiasatan kes besar ni. mungkin ada benda yang perlu disorok supaya tak terdedah dekat orang ramai. apa-apa pun, harap-harap  peribahasa 'bangkai gajah takkan boleh ditudung dengan nyiru' akan betul-betul berlaku. sampai bila kejahatan akan disorokkan? lambat laun, pasti akan terdedah juga. kami tak sabar tunggu hari tu!

Satu je kami rakyat marhaen ni minta. SPRM, tolonglah teruskan siasat dengan telus kes ini supaya kita dapat tau kebenaran yang sebenar-benarnya. kami meletakkan harapan yang tinggi supaya kebenaran dapat didedahkan dan yang betul-betul bersalah akan dihukum.

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip