Siasat untuk cari kebenaran, bukan cari salah!

Kecoh beb kecoh. SPRM kena gegar lagi dek kenyataan media mereka berhubung dana yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri adalah sumbangan penderma dan bukanlah daripada dana 1MDB.  SPRM juga dah jelaskan hasil siasatan berkaitan penderma telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Maka ramailah luncai dan labu-labunya menggelakkan SPRM kerana kenyataan media mereka bertarikh 3 Ogos 2015 tersebut.

Hello warga Malaysia, mai  aku nak bagi tahu yang proses siasatan ini adalah untuk mencari kebenaran, bukan kesalahan.

Konsep ni kena betul. Kalau kita menyiasat untuk cari salah orang, mampus. benda yang tak ada, kita ada-adakan. So, menyiasat adalah untuk cari kebenaran. Macam mana tu? Ya lah, bila orang buat aduan, fitnah atau tohmahan, dalam kepala seorang pegawai penyiasat, dia akan mencari apa-apa bukti yang selalunya dokumen atau keterangan saksi-saksi bagi mengesahkan sesuatu aduan atau tohmahan.

Kalau siasat-siasat, dan semua dokumen dan keterangan menunjukkan tohmahan tidak benar dan individu yang ditohmah tak bersalah, maka kebenaran harus ditegakkan. 

Hangpa semua kena tau Kalau SPRM ikut telunjuk, takkanlah giler mereka nak g siasat isu akaun Perdana Menteri dan SRC International itu.

Kenapa? Kerana undang-undang yang ada mensyaratkan begitu. Aku ulang balik, kes SRC International , SPRM menyiasat. Siasat ikut bidang kuasa masing-masing. Tu pun SPRM dah jelaskan dalam kenyataan media depa, tapi orang Malaysia nampak derma tu sahaja. Kesian aku nengok SPRM. Tu yang aku cakap, siasatan bukan cari salah tapi cari kebenaran.

Ok kalo nak bercakap berkaitan derma itu mai kita bincangkan…tapi kita kena buat rumusan dari karangan kenyataan media SPRM hari tu yeah.

1. Hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

  2. Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

   3. Siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

Jadi apa yang korang paham?

Dalam kenyataan media tersebut jelas dan bersuluh SPRM telah menyatakan “Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara”. Tetapi sehingga hari ini kenapa dan mengapa Peguam Negara masih membisu untuk menjelaskan kepada masyarakat apa yang telah dilaporkan SPRM?

Bukalah minda wahai hangpa semua masyarakat Malaysia. Beban untuk SPRM dedahkan maklumat siasatan berkaitan RM2.6 bilion bukan beban kat SPRM tetapi Peguam Negara yang wajib memperjelaskan seterang-terangnya kepada rakyat.

Jika kita melihat dari segi peruntukan perundangan Malaysia, SPRM telah menjalankan tugas mengikut peruntukan yang disediakan dan hasil siasatan juga telah dimaklumkan kepada Peguam Negara.

Peranan penting Peguam Negara sekarang adalah untuk menjalankan tugas seterusnya terutamanya melaksanakan hasil siasatan SPRM dan arahan untuk tindakan seterusnya SPRM dalam isu ini.

Jadi jelaslah wahai hangpa semua, bukan peranan SPRM untuk menjelaskan kepada umum hasil siasatan mereka pada masa ini. Tetapi lani Peguam Negara perlu jelaskan dan SPRM akan bertindak mengikut peruntukan Akta SPRM 2009 dan terbukti siasatan SPRM terhadap dana RM2.6bilion tidak terhenti disitu sahaja. Tegas dalam hal ini SPRM telah membuktikan  mereka adalah sebuah suruhanjaya yang bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

Ni disertakan info grafik dari MalaysiaKini untuk korang nampak lagi aliran wang tu. Nampak la jelas sikit kan.




Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip