Wajib berdiri di belakang SPRM
Minggu lalu keretaku rosak lagi. Aku menghantarnya ke bengkel biasa. Sebelum ini urusanku dengan pemilik bengkel memang urusan kereta. Hampir tak pernah kami berbual, kecuali basa-basi kecil.
Hujan sedang lebat di luar. Aku terkandas. Pemilik bengkel tersebut, yang aku panggil Abang Sham memberitahu yang dia tidak boleh mula bekerja lagi, “Biar kereta sejuk sedikit.”
Aku angguk dan dia duduk di sebelahku. Kami berbual bermacam-macam perkara. Antara yang aku tertarik ialah apabila abang Sham memberitahu dia menghantar dua orang anaknya ke luar negara untuk belajar perubatan dan kejuruteraan tanpa memohon pinjaman mana-mana. Katanya dia hidup berdikit dan bekerja keras.
Lebih mengejutkan, dia memberitahuku yang dia mahu anak-anaknya tidak pulang ke Malaysia untuk bekerja.
“Itu juga punca saya tak buat apa-apa pinjaman supaya mereka boleh belajar dan bekerja di mana saja di dunia. Saya beritahu anak-anak, sepuluh tahun di luar negara lebih baik dari sepuluh tahun di Malaysia. Kau takkan dapat apa dalam tempoh sepuluh tahun itu jika di Malaysia.”
Kemudian abang Sham bercerita tentang harga barangan yang naik, duit rakyat yang dikebas dan rasuah. Aku agak tergamam kerana tidak menyangka abang Sham mempunyai fikiran yang jernih.
Aku menyatakan segala apa yang disebutnya dalam perbualan kami, iaitu bagaimana anak dan isterinya perlu bekerja sambilan untuk menambah pendapatan; atau perihal sesetengah orang yang rasa selamat bergantung kepada hubungan baik dengan orang-orang berpengaruh.
Abang Sham juga bimbang dengan penipuan berleluasa atau perubahan nilai terhadap kerja, di mana orang yang bekerja keras sukar untuk menabung apatah lagi hidup lumayan sedangkan orang yang bekerja keras pula hanya sekadar melihat ketidakjujuran dan kemalasan mendapat ganjaran besar melalui rasuah.
Beliau juga mengeluh mengenai harga barang meningkat, dan betapa kita semua dibebani oleh inflasi; serta kebuntuannya melihat dana dan hasil kerajaan digelapkan dengan jumlah-jumlah yang besar.
Itu semua bilangku, sudah ditulis oleh al-Marhum Profesor Syed Hussein Alatas dalam bukunya ‘Rasuah Sifat, Sebab Dan Fungsi’. Ia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Apa yang disebut oleh Abang Sham dirasai oleh hampir semua kita murbawan, orang jelata.
Sumbangan besar Syed Hussein Alatas dalam bukunya itu adalah menganalisis rasuah metastatis. Apakah rasuah metastatis?
Menurut Syed Hussein, rasuah jenis ini bertindak dengan cara “penggandaan sel-sel barah yang tidak terkawal, kemiripan dengan sel-sel asalnya, melakukan sebahagian fungsi sebagaimana sel asalnya dan penampilannya dengan ukuran yang lebih besar pada tahap perkembangan kromosom.”
Jelaslah ‘metastatis’ adalah sebuah istilah yang beliau pinjam dari bidang kajian barah.
Seperti sel barah, rasuah metastatis tumbuh, berleluasa dan seterusnya merebak dan kemudian tersebar menjangkiti pusat penting pentadbiran kerajaan yang mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat, sebagai contoh, melibatkan pasukan penguatkuasaan undang-undang seperti polis.
Syed Hussein menyatakan satu kes sebagai contoh, di mana seorang pegawai polis Hong Kong berpangkat rendah menjadi jutawan hasil amalan rasuah metastatis. Walaupun beliau akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan didenda sebanyak HK$16 juta tetapi kerosakan terhadap citra kepolisian telah pun terjadi.
Syed Hussein Alatas turut menyatakan bahawa, “...metastatis yang paling berbahaya dalam konteks dewasa ini adalah yang muncul dari dalam kabinet. Di Malaysia, kabinet dan pejabat menteri besar boleh merupakan sumber metastatis dalam rasuah.”
Apa yang disebutkan oleh Abang Sham pada permulaan ceritaku ini adalah kesan klimaktik yang terhasil dari rasuah metastatis. Syed Hussein Alatas dalam karya monumental beliau itu menegaskan sebelas kesan rasuah dalam masyarakat adalah:
a) Waktu berlalu pantas sehingga hari-hari terasa singkat;
b) Sistem pengangkutan awam tidak lagi efisien;
c) Pembaziran waktu menjadi perkara biasa sementara menepati masa tidak berlaku;
d) Kerja sambilan diperlukan untuk menambah pendapatan;
e) Rasa selamat bergantung kepada hubungan baik dengan orang-orang berpengaruh;
f) Penipuan berleluasa;
g) Perubahan nilai terhadap kerja, iaitu orang yang bekerja keras sukar untuk menyimpan apatah hidup lumayan sedangkan orang yang bekerja keras tadi melihat ketidakjujuran dan kemalasan mendapat ganjaran besar melalui rasuah;
h) Harga barang meningkat, pengguna dibebani oleh inflasi;
i) Dana dan hasil kerajaan digelapkan dengan jumlah yang besar;
j) Semangat rakyat merosot dan menjadi lemah; dan,
k) Masyarakat bersikap pasrah terhadap rasuah lalu para apologis rasuah mengambil kesempatan dari sikap ini untuk mengangkat dan membiarkan rasuah menjadi gaya hidup.
Semangat dan keyakinan Abang Sham sebagai anggota masyarakat telahpun luntur, malah terhakis dek kemunculan politikus-homovenalis – politikus yang merupakan manusia korup.
Rungutan dan rasa amarah yang terjelma dari dirinya itu berpunca dari rasuah metastatis tadi. Aku kira ramai di Malaysia berkongsi kekesalan dan rasa putus asa yang sama.
Apa yang dikemukakan oleh Syed Hussein terlihat jelas pada batang tubuh abang Sham. Sungguh aku tercengang dan berada dalam keadaan yang sama apabila aku merenung diri.
Kesan buruk gejala rasuah ditekankan dalam satu ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada tahun lalu. Titahnya, rasuah antara lainnya akan membantutkan pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelaburan asing.
Baginda memberi amaran, banyak negara yang terpalit dengan rasuah menjadi mundur dan ada yang tertimbus dalam lumpur kemiskinan.
“Apabila tidak ada kesungguhan untuk membanteras rasuah, ia akan tumbuh melebar – subur membesar, lalu diterima sebagai norma dan akhirnya meresap menjadi budaya, hingga memusnahkan sesebuah negara bangsa,” titahnya.
Baginda turut menghimbau kembali apa yang pernah dilakukan oleh ayahandanya. Menurut baginda, pada era pimpinan Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Datuk Harun Idris pada 1976 telah disabitkan kesalahan rasuah.
Harun dibicarakan di hadapan Hakim Sultan Azlan Shah. Baginda Sultan Azlan Shah menyatakan dalam penghakimannya tentang peranan dan amanah seorang politikus dan betapa kuasa berlebihan membawa kepada kejahatan rasuah.
Lebih mendukacitakan jika rasuah itu dilakukan oleh seorang pemimpin besar yang mana rakyat memandangnya sebagai seorang rujukan, negarawan dan kenamaan yang boleh membawa mereka ke mercu tanda, akan tetapi malang sekali pegar telah memakan padi, justeru undang-undang tidak memilih bulu.
Penghakiman Sultan Azlan ketika baginda menjawat peranan hakim tersebut wajar ditekuni hari ini. Ia bukan sekadar sabitan jenayah. Ia adalah, meminjam Sultan Nazrin, “komponen nasihat, teguran, peringatan dan amaran, agar dijadikan teladan”.
Meskipun Harun dikenali oleh Hakim Raja Azlan Shah pada waktu itu, baginda memilih, sekali lagi meminjam Sultan Nazrin; “untuk mengutamakan kedaulatan undang-undang dan kepentingan umum daripada batang tubuh seorang kenalan”.
Hari ini sarjana dan aktivis hak asasi manusia sedang bersungguh-sungguh berusaha untuk membolehkan keadaan bebas rasuah dijadikan satu undang-undang dan polisi oleh kerajaan yang ada.
Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga kini berusaha menjadikan kebebasan dari rasuah sebagai satu hak asasi untuk setiap manusia atau warganegara.
Ini kerana, apabila kita bebas dari rasuah, hak-hak asasi manusia yang lain akan terpelihara di samping membolehkan pertumbuhan ekonomi dengan saksama dan berterusan.
Dalam erti kata lain, amalan rasuah akan dikonsepsikan sebagai satu pencabulan hak asasi manusia.
Salah satu konvensyen untuk menetapkan hal ini adalah A Violation Of Human Rights United Nations Convention against Corruption (UNCAC), yang mana menerusinya kita akan beroleh idea apakah itu amalan korup?
Salah satu amalan korup yang digariskan adalah "suapan" yang mana diertikan sebagai janji, tawaran atau pemberian, kepada seorang penguasa rasmi, atau mendekati dengan satu pemberian atau penerimaan oleh penguasa rasmi itu, secara langsung atau tidak langsung, yang melampaui had biasa, untuk diri penguasa itu sendiri atau untuk untuk orang lain atau entiti, yang mana tugas rasmi atau mengganggu kerja-kerja rasminya.
Demikian juga pandangan James Thuo Gathii, dekan di Albany Law yang menulis bahawa rasuah dan korupsi boleh mengakibatkan hak asasi manusia dicabul, dan terjejas dalam sesebuah negara.
Menurut beliau, apabila korupsi atau rasuah berlaku di peringkat tertinggi kerajaan, ia akan menjejaskan ekonomi negara dan melumpuhkan kebolehdayaan sesebuah pemerintahan untuk memenuhi tanggungjawab kepada warganegara iaitu melindungi, menjamin dan menghormati hak-hak rakyat.
Pun begitu, hak asasi manusia itu sendiri jika tidak diwaspadai boleh dimanipulasi oleh kerajaan yang korup untuk mengelak dari dihukum atau disabit jenayah, tulisnya.
Sebelum aku mengakhiri catatan ini, aku ingin membawa kembali perenggan akhir titah-ucapan baginda Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ulang Tahun Penubuhan Badan Pencegah Rasuah/Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (BPR/SPRM) Ke-47 itu.
Sultan Nazrin dalam ucapan baginda telah mendoakan kesejahteraan untuk anggota SPRM yang ikhlas dan tulus.
Baginda menyebutkan dalam ucapan: “Semoga Allah memberikan petunjuk dan kekuatan kepada setiap anggota SPRM, gigih menyempurnakan tugas berat membasmi rasuah. Semoga setiap niat ikhlas dan tugas yang dilaksanakan secara jujur mendapat hidayat dan ganjaran Ilahi.”
Dalam epistemologi Melayu, raja yang menyatakan sesuatu yang adil mestilah disembah, sementara kata-kata yang cabul dan khianat hendaklah disanggah.
Apa yang dipersembahkan oleh baginda Sultan Nazrin adalah mutiara untuk rakyat jelata. Ia merupakan kata permata untuk kita.
Atas sebab apa yang aku lihat pada sosok Abang Sham, atas alasan kajian akademik Profesor Syed Hussein Alatas, dan atas pedoman yang dianjurkan oleh baginda Sultan Nazrin itulah; aku kira seisi negeri Malaysia, termasuk bangsawan; mengatasi berbilang keimanan, melampaui pegangan politik, terangkat apa jua gender, akan berdiri teguh di belakang setiap anggota SPRM.
Semoga mereka dapat membasmi rasuah hingga ke lubang cacing. Semoga doa dan kerja mereka itu adalah ibadah yang diterima Allah.

http://www.malaysiakini.com/columns/307767
Comments
Post a Comment