Skip to main content

Abu Kassim tegaskan selesai isu SRC International

Abu Kassim Mohamed
Abu Kassim diiringi isterinya, Puan Sri Bebee Rashidah Zakaria Merican di sebuah pusat perubatan di Subang hari ini.
SUBANG - [DIKEMASKINI] Selagi saya Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), saya akan memastikan siasatan berkenaan isu SRC‎ International selesai," tegas Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, beliau akan memastikan siasatan dijalankan secara sempurna sebagaimana kes-kes yang disiasat SPRM sebelum ini.

Beliau yang ditemani isteri, Puan Sri Bebee Rashidah Zakaria Merican dan anaknya Hazmi berkata demikian ketika ditemui Sinar Online selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di sini.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh masyarakat yang menyokong badan anti rasuah itu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada masyarakat yang memberi sokongan kepada SPRM semasa kami mengalami krisis," katanya yang masih kelihatan lemah.

Ditanya mengenai hasil rawatan yang dijalani oleh Abu Kassim, beliau berkata bahawa doktor kini memberikannya cuti rehat selama dua bulan.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa siasatan terhadap SRC akan berjalan sempurna walaupun tanpa penglibatannya secara langsung.

Beliau menerima rawatan hampir 10 hari di pusat perubatan itu selepas melakukan pembedahan pada Jumaat lalu.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/abu-kassim-tegaskan-selesai-isu-src-international-1.41974
8

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip