MAKSUD TERSIRAT YANG MUNGKIN BERSEMBUNYI


Semalam petang, boleh tahan kecoh satu Malaysia bila SPRM keluarkan kenyataan hasil siasatan duit yang dimasukkan ke akaun PM adalah duit derma dana politik. Macam-macam hentaman orang ramai dapat kita lihat dan baca di media sosial sampai trending di Twitter! Tak kira la hentam PM mahu pun SPRM sendiri.

Untuk yang terlepas kenyataan semalam boleh baca kat sini:

Sekali lagi persepsi dan pelbagai andaian muncul semasa membaca kenyataan ini. SPRM secara tak langsung telah mengakui duit tersebut memang dimasukkan ke akaun PM. Sedangkan PM belum lagi membuka mulut dan mengaku duit tersebut telah masuk ke akaunnya. Secara sedar atau tidak ia membuka ruang bahawa siasatan telah pun dibuat ke atas akaun yang dikatakan telah pun ditutup.

Pelbagai persoalan bermain di minda rakyat memandangkan isu ini memang menarik perhatian orang ramai malah seluruh dunia. Hentaman demi hentaman diterima selepas kenyataan ini dibuat. Walaupun siasatan telah pun dijalankan, namun ia tetap memberi persepsi negatif kepada SPRM. Antara persoalan yang bermain di fikiran mereka, adakah SPRM takut dan tunduk kepada kerajaan ? Adakah SPRM tidak bebas dalam menjalankan siasatan dan terpaksa menurut apa yang dikata? Atau yang mungkin takkan disangka, adakah SPRM mempunyai strategi yang tersendiri ketika mengumumkan kenyataan ini? Apakah akan ada berita mengejut selepas ini?

Kita menganggap apa yang diberitahu itu adalah kebenaran yang sebenarnya. Namun, kita harus ingat tak semua yang kita tahu adalah benar dan mungkin apa yang kita hanya sedikit saja. Contohnya seperti ketulan ais di lautan. Yang kita nampak hanya luaran. Di dasarnya jauh tersembunyi di lautan.
Rakyat juga harus ingat tak semua maklumat akan didedahkan kepada umum terutama hasil siasatan yang diperoleh. Bukan bermaksud mereka ingin menyorokkan sesuatu tetapi atas dasar-dasar tertentu yang tidak membolehkan mereka menceritakan kepada luar apa yang berlaku sebenarnya. Tak semestinya kita harus mendedahkan segalanya bagi membuktikan kita di pihak yang benar.

Petang tadi juga SPRM telah mengadakan solat hajat bertemakan ‘Untukmu SPRM’. Solat hajat yang dijalankan sangat simbolik jika diamati sepenuhnya. Mana mungkin mereka akan mengadakan solat hajat untuk menutupi kekecohan yang berlaku. SPRM juga sedang meminta untuk diberikan petunjuk dalam menegakkan kebenaran, malah diberi kekuatan untuk mencegah rasuah di Malaysia.

Jika benar SPRM berada di pihak yang benar, maka titik peluh mereka menyiasat perkara ini dikira sebagai jihad dalam menegakkan kebenaran. Saya yakin, kebenaran yang ingin dicapai pastinya memerlukan pengorbanan yang tinggi dan usaha keras dari semua pegawai yang terlibat. Namun, setelah semuanya selesai dan kita mencapai tahap kebenaran yang sebenar, ia pastinya sangat berbaloi dan manis untuk dinikmati.

Apa yang kita tahu setakat ini, duit RM2.6 bil adalah hasil derma dari dana politik. Namun, jangan kita lupa siasatan SRC International masih lagi berjalan. Jika semua masih belum selesai, maka masih ada lagi sinar harapan untuk rakyat Malaysia bagi menyaksikan kebenaran yang mungkin akan menggembirakan rakyat Malaysia. Mungkin ada cahaya di hujung jalan yang gelap. Sama-samalah kita mendoakannya.

 Saya percaya SPRM menjalankan siasatan dengan telus, bebas dan berani dalam isu ini. Walaupun ada pelbagai anasir yang ingin mengganggu, harapnya SPRM tidak akan tunduk kepada punca masalah ini. Masih ramai lagi yang menyokong SPRM dalam menyiasat isu ini. Sesungguhnya harapan rakyat tersangatlah besar kepada SPRM. Hanya SPRM organisasi yang kami harapkan dalam menyelesaikan kes ini. Abaikan suara-suara sumbang yang cuba menjatuhkan semangat atau melemparkan pelbagai tohmahan kepada SPRM. SPRM, bertabahlah! Masih ada yang sayang. J




Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip