Ada dakwaan kotor untuk melagakan pegawai SPRM
Semenjak isu Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mengumumkan PM, Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah, ramai pihak mengambil kesempatan untuk memberi komen dan pendapat mereka mengenai isu ini. Ada yang akur dengan keputusan beliau namun ada yang tidak bersetuju dan mengatakan keputusan tersebut tidak wajar lebih-lebih lagi beliau mengarahkan SPRM untuk menutup kertas siasatan. Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zain juga telah mengeluarkan kenyataan akan membuat rayuan mengenai keputusan AG. Namun, kenyataan ini dikeluarkan beliau sebelum kenyataan media yang dikeluarkan SPRM untuk merujuk keputusan AG kepada Panel Penilaian Operasi (PPO). Walaubagaimanapun, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ini dengan menimbulkan pelbagai dakwaan dan spekulasi yang mungkin boleh melaga-lagakan pegawai SPRM itu sendiri. Malah, ada yang terlampau tinggi imaginasinya sampai terfikir untuk menimbulkan cerita Ketua Pesuruhjaya SPRM, TS Abu Kassim bergaduh