Syabas! SPRM mula langkah atasi bauksit

Isu bauksit sudah lama menghantui warga Pahang sejak tahun lepas lagi. Makin lama makin kronik keadaan yang dihadapi mereka. Ingatkan isu ini hanya akan berlaku sebentar saja tapi telahan semua salah apabila makin lama ia sudah tidak mampu dibendung lagi. Jalan tar yang hitam, pokok kehijauan dan lautan biru makin lama makin hilang warna sebenar mereka. Apa yang kelihatan, hanya merah semata-mata!

Ramai yang sengsara dengan keadaan yang menimpa warga Pahang. Kita kalau di tempat mereka pun, entah boleh bertahan ke tidak ye. Siapa yang tak 'fed up' bila menghadap benda yang kotor setiap hari. Orang yang terlibat dengan bauksit tu pun bukan peduli apa. Janji aku untung dah la. Mungkin tu kata mereka. Kalau ya pun awak nak kaya, janganlah sampai memudaratkan orang lain. Kesian weh!

Namun, minggu ni sudah ada tindakan yang diambil SPRM. SPRM antara yang terawal bertindak bagi menangani isu bauksit ini. Tahniah SPRM. Tindakan anda memang tepat pada masanya!

Pada 7 Januari 2015, satu sidang media telah diadakan oleh Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki di Kuantan. Dalam sidang media tersebut beliau telah mengumumkan SPRM menahan empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang termasuk seorang pegawai kanan kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah dari pelombong bauksit tidak berlesen.

Nilai wang rasuah yang terbabit dalam kes ini lebih daripada RM100,000.

Pada masa yang sama, SPRM turut mengesan kegiatan penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau borang 13D secara haram kepada pelombong tidak berlesen dengan harga RM150 hingga RM200 sedangkan borang itu bernilai RM1 sahaja.

Penahanan ini tidak berakhir di sini di mana pada 9 Januari 2016, SPRM menahan tiga orang awam termasuk seorang wanita semalam, yang dipercayai terlibat dalam pembayaran wang rasuah bagi melindungi perlombongan bauksit secara haram.

Tangkapan baharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan berkaitan isu bauksit kepada tujuh orang.

Dalam pada SPRM giat jalankan operasi mereka, ada juga suara-suara sumbang yang orang tak suruh sumbang pergi menyumbangkan suara mereka. Kau dah la tak sumbang apa-apa pun, lepas tu nak bising macam kau buat kerja.

Daripada kau kutuk usaha SPRM yang kononnya tangkap ikan bilis ni, baik kau pun pergilah tolong salur maklumat dan bagi bukti supaya SPRM ni dapat la tangkap bapak segala jerung tu. Kadang-kadang kesian dekat orang macam ni. Pathetic! Nak kan perhatian kot. Rasa nak popular lepas tu bajet bagus.

 Apa-apa pun SPRM, terima kasih sebab tolong selesaikan isu ini. Pastikan siasat perkara ni sampai lubang cacing ye. Rakyat bergantung kepada anda. Tahan dan dakwalah mereka yang berkaitan. Berikan Pahang Darul Makmur jadi betul-betul makmur semula.



Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip