KP SPRM diberhenti sebab kesihatan?
Hari ini, pagi-pagi lagi dah keluar berita yang menggemparkan SPRM. Mana taknya, angin tak ada, ribut tak ada, spekulasi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim akan diganti sebab masalah kesihatan. Hah? Biar betul?
Dah macam dejavu pulak kan. Yela, sebelum ni bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail pun telah diberhentikan sebab masalah kesihatan jugak. Amboii, dah macam jadi sebab munasabab je nak berhentikan orang sebab dia sakit. Masalahnya, elok je orang tu pergi bekerja. Bukannya dia duduk terlantar sakit atas katil pun.
Masalah lagi satu pulak, laporan berita tu berdasarkan sumber pulak tu? Aiyooo entah sahih ke tak sumber yang dia ambil tu. Kalau betul nak bagi berita eksklusif, bagi la nama untuk jadi citation. Kita tak tau siapa yang bercakap. Entah-entah, sumber tu pun dengar bila orang bergosip je. Lepas tu pergi cerita dekat media.
Jawatannya pula kononnya akan diganti dalam kalangan pegawai atasan polis tentang seorang pegawai kanan polis atau seorang timbalan pendakwa raya kanan dari Jabatan Peguam Negara. Kalau ye pun nak tukar, ambil la orang yang berpengalaman dalam bidang rasuah. Baru la layak jadi KP SPRM. Bukan apa, senang la sebab tu memang bidang kerja dia. Kalau bidang dia lain, tak ke satu hal pulak dia nak belajar selok belok sedangkan dah pegang jawatan KP tu.
Paling hangat sekali, SPRM baru je serahkan kertas siasatan ke atas derma RM2.6 bilion dan SRC International, selepas bercakap dengan lebih daripada 100 orang, termasuk penderma. Ada udang di sebalik batu ke? Ada pihak yang cuba nak tutup hasil siasatan ataupun cuba alihkan isu dengan isu-isu macam ni?
Namun, jika benar penggantian KP SPRM akan berlaku, sememangnya rakyat akan bertambah tak yakin dengan kerajaan kita. Kebebasan SPRM seperti dicarik-carik oleh pihak yang lebih berkuasa. Kesian pada mereka yang bersungguh jalankan tugas demi negara tetapi disebabkan kepentingan tersendiri individu tertentu, semua itu macam tak bermakna lagi.
Harapnya, spekulasi ini hanya khabar angin saja. Cukup-cukup la berita-berita yang tak berfaedah ni. Jadikan 2016 ni lebih berkualiti ya semua.

dalam
kalangan pegawai atasan polis tentang seorang pegawai kanan polis atau
seorang timbalan pendakwa raya kanan dari Jabatan Peguam Negara - See
more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-pesuruhjaya-sprm-mungkin-akan-diganti-kata-sumber#sthash.n6kNS6cY.WUWZ5ZUu.dpuf

Comments
Post a Comment