Bagaimana indeks rasuah sesebuah negara ditentukan

KEDUDUKAN Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) meningkat daripada tangga ke 53 pada 2013 ke tangga 50 pada 2014. Skor juga naik daripada 50/100 kepada 52/100. Pada 27 Januari ini, Transparency International (TI) akan melancarkan CPI serentak di seluruh dunia untuk 2015.

CPI dikeluarkan oleh TI sejak 1995, hanya mengkhususkan kepada isu persepsi tahap rasuah sektor awam sesebuah negara dari segi kedudukan dan skor.

Pun begitu, indeks ini dikeluarkan berdasarkan pengumpulan 13 kajian pelbagai pihak, berdasarkan soal selidik ke atas ahli perniagaan dalam dan luar negara dengan penekanan diberikan kepada elemen rasuah dan salah guna kuasa. Untuk sesebuah negara dimasukkan ke dalam ranking CPI perlu ada sekurang-kurangnya tiga sumber data untuk negara itu.

Setiap kajian itu perlu memenuhi kriteria tertentu sebelum ia diambil kira untuk menentukan skor dan kedudukan tahap rasuah sesebuah negara. Tahun lalu, CPI Malaysia dikira berdasarkan lapan kajian antarabangsa oleh beberapa organisasi yang berwibawa termasuk:

1. Indeks transformasi - Yayasan Bertelsman yang mengandungi penilaian pakar ke atas tahap transformasi dan pengurusan sesebuah negara. Pakar diminta menilai sejauh mana penjawat awam menyalahgunakan kedudukan dihukum dan sejauh mana kerajaan berjaya membendung rasuah.

2. Penilaian risiko mengikut negara - Unit Risikan Ekonomi, sebuah firma penyelidikan dan penasihat global yang mengeluarkan risikan perniagaan dan kewangan kepada pembuat dasar di seluruh dunia. Dalam menilai rasuah, ia guna soalan berikut: Dana khusus tidak jelas sumber Apakah ada prosedur dan kebertanggungjawaban jelas dalam menentukan peruntukan dan penggunaan dana awam? Apakah dana awam disalahgunakan oleh menteri atau pegawai awam untuk kegunaan peribadi atau politik? Apakah ada dana khusus yang tidak jelas sumbernya? Apakah ada sebuah badan bebas mengaudit pengurusan kewangan negara? Apakah ada badan kehakiman bebas dan mempunyai kuasa membicara menteri atau kakitangan awam yang menyalahguna kuasa? Apakah ada tradisi bayar wang suap untuk mendapatkan kontrak dan layanan istemewa?

3. Global Insight Country Risk Ratings iaitu sebuah syarikat global yang menyediakan perkhidmatan meliputi bidang mikroekonomi, risiko negara dan analisis sektor secara individu. Ia mencerminkan tahap persepsi negara yang dinilai termasuk jenis rasuah, rasuah politik.

4. The World Competitive Year Book, iaitu kolej perniagaan yang beribu pejabat di Tasik Geneva dan cawangan di seluruh dunia. Indeks ini menilai dan meneliti iklim sosiopolitik dan ekonomi sesebuah negara yang memberi kesan terhadap daya saing korporat. Untuk rasuah responden ditanya 'Suap dan rasuah: Wujud atau tidak wujud?

5. Political and Economic Risk Consultancy iaitu firma perunding bidang maklumat perniagaan dan pelbagai risiko untuk Asia Timur dan Asia Tenggara. Data dikumpul daripada berita yang menghimpun dan mentafsirkan data daripada tinjauan pendapat eksekutif dalam kalangan peniaga tempatan dan ekspatriat. Responden ditanya sama ada mereka melihat rasuah sebagai satu masalah di peringkat institusi tertentu.

6. International Country Risk Guide - Political Risk Service. Kumpulan penganalisis risiko politik yang berpangkalan di New York. Ia bertujuan memberi penarafan risiko politik, ekonomi dan kewangan bagi negara yang kadar perniagaan antarabangsanya tinggi. Penarafan ini menawarkan peta peluang dan risiko bagi 140 negara, memberi tumpuan kepada rasuah yang wujud kerana nepostisma, peruntukan kontrak kepada pihak tertentu, dana politik rahsia untuk parti politik dan hubungan meragukan antara perniagaan dan politik.

7. Executive Opinion Survey - Forum Ekonomi Dunia, adalah sebuah badan bekerjasama dengan peniaga, pemimpin dan ahli akademik untuk membentuk agenda global. Tinjauan membabitkan eksekutif perniagaan. Responden diminta menganggarkan sejauh mana rasuah menyebabkan dana awam mengalir kepada syarikat individu atau kelompok tertentu dan firma perniagaan memberi rasuah untuk tujuan import eksport, kemudahan awam, pembayaran cukai tahunan, pemberian kontrak, pelesenan dan pengaruh keputusan mahkamah.

8. Rule of Law Index - World Justice Project - sebuah badan untuk memperkukuhkan kedaulatan undang-undang dan meningkatkan peluang kesaksamaan di seluruh dunia. Meninjau sejauh mana undang-undang berperanan dalam sesebuah negara. Bagi isu rasuah pakar tempatan diminta menilai sama ada pegawai kerajaan dalam cabang eksekutif, kehakiman, pasukan polis dan tentera serta Ahli Dewan Perundangan menggunakan kedudukan mereka untuk meraih keuntungan peribadi.

CPI adalah langkah mengukur rasuah paling kerap digunakan di seluruh dunia. Index ini menjadi indikator yang diguna pakai sebagai panduan oleh pelabur luar yang melabur di sesebuah negara.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/110122
KEDUDUKAN Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) meningkat daripada tangga ke 53 pada 2013 ke tangga 50 pada 2014. Skor juga naik daripada 50/100 kepada 52/100. Pada 27 Januari ini, Transparency International (TI) akan melancarkan CPI serentak di seluruh dunia untuk 2015. CPI dikeluarkan oleh TI sejak 1995, hanya mengkhususkan kepada isu persepsi tahap rasuah sektor awam sesebuah negara dari segi kedudukan dan skor. Pun begitu, indeks ini dikeluarkan berdasarkan pengumpulan 13 kajian pelbagai pihak, berdasarkan soal selidik ke atas ahli perniagaan dalam dan luar negara dengan penekanan diberikan kepada elemen rasuah dan salah guna kuasa. Untuk sesebuah negara dimasukkan ke dalam ranking CPI perlu ada sekurang-kurangnya tiga sumber data untuk negara itu. Setiap kajian itu perlu memenuhi kriteria tertentu sebelum ia diambil kira untuk menentukan skor dan kedudukan tahap rasuah sesebuah negara. Tahun lalu, CPI Malaysia dikira berdasarkan lapan kajian antarabangsa oleh beberapa organisasi yang berwibawa termasuk: 1. Indeks transformasi - Yayasan Bertelsman yang mengandungi penilaian pakar ke atas tahap transformasi dan pengurusan sesebuah negara. Pakar diminta menilai sejauh mana penjawat awam menyalahgunakan kedudukan dihukum dan sejauh mana kerajaan berjaya membendung rasuah. 2. Penilaian risiko mengikut negara - Unit Risikan Ekonomi, sebuah firma penyelidikan dan penasihat global yang mengeluarkan risikan perniagaan dan kewangan kepada pembuat dasar di seluruh dunia. Dalam menilai rasuah, ia guna soalan berikut: Dana khusus tidak jelas sumber Apakah ada prosedur dan kebertanggungjawaban jelas dalam menentukan peruntukan dan penggunaan dana awam? Apakah dana awam disalahgunakan oleh menteri atau pegawai awam untuk kegunaan peribadi atau politik? Apakah ada dana khusus yang tidak jelas sumbernya? Apakah ada sebuah badan bebas mengaudit pengurusan kewangan negara? Apakah ada badan kehakiman bebas dan mempunyai kuasa membicara menteri atau kakitangan awam yang menyalahguna kuasa? Apakah ada tradisi bayar wang suap untuk mendapatkan kontrak dan layanan istemewa? 3. Global Insight Country Risk Ratings iaitu sebuah syarikat global yang menyediakan perkhidmatan meliputi bidang mikroekonomi, risiko negara dan analisis sektor secara individu. Ia mencerminkan tahap persepsi negara yang dinilai termasuk jenis rasuah, rasuah politik. 4. The World Competitive Year Book, iaitu kolej perniagaan yang beribu pejabat di Tasik Geneva dan cawangan di seluruh dunia. Indeks ini menilai dan meneliti iklim sosiopolitik dan ekonomi sesebuah negara yang memberi kesan terhadap daya saing korporat. Untuk rasuah responden ditanya 'Suap dan rasuah: Wujud atau tidak wujud? 5. Political and Economic Risk Consultancy iaitu firma perunding bidang maklumat perniagaan dan pelbagai risiko untuk Asia Timur dan Asia Tenggara. Data dikumpul daripada berita yang menghimpun dan mentafsirkan data daripada tinjauan pendapat eksekutif dalam kalangan peniaga tempatan dan ekspatriat. Responden ditanya sama ada mereka melihat rasuah sebagai satu masalah di peringkat institusi tertentu. 6. International Country Risk Guide - Political Risk Service. Kumpulan penganalisis risiko politik yang berpangkalan di New York. Ia bertujuan memberi penarafan risiko politik, ekonomi dan kewangan bagi negara yang kadar perniagaan antarabangsanya tinggi. Penarafan ini menawarkan peta peluang dan risiko bagi 140 negara, memberi tumpuan kepada rasuah yang wujud kerana nepostisma, peruntukan kontrak kepada pihak tertentu, dana politik rahsia untuk parti politik dan hubungan meragukan antara perniagaan dan politik. 7. Executive Opinion Survey - Forum Ekonomi Dunia, adalah sebuah badan bekerjasama dengan peniaga, pemimpin dan ahli akademik untuk membentuk agenda global. Tinjauan membabitkan eksekutif perniagaan. Responden diminta menganggarkan sejauh mana rasuah menyebabkan dana awam mengalir kepada syarikat individu atau kelompok tertentu dan firma perniagaan memberi rasuah untuk tujuan import eksport, kemudahan awam, pembayaran cukai tahunan, pemberian kontrak, pelesenan dan pengaruh keputusan mahkamah. 8. Rule of Law Index - World Justice Project - sebuah badan untuk memperkukuhkan kedaulatan undang-undang dan meningkatkan peluang kesaksamaan di seluruh dunia. Meninjau sejauh mana undang-undang berperanan dalam sesebuah negara. Bagi isu rasuah pakar tempatan diminta menilai sama ada pegawai kerajaan dalam cabang eksekutif, kehakiman, pasukan polis dan tentera serta Ahli Dewan Perundangan menggunakan kedudukan mereka untuk meraih keuntungan peribadi. CPI adalah langkah mengukur rasuah paling kerap digunakan di seluruh dunia. Index ini menjadi indikator yang diguna pakai sebagai panduan oleh pelabur luar yang melabur di sesebuah negara.

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip