Kertas siasatan dikembalikan semula

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telah mengembalikan semula kertas siasatan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6b kepada SPRM. Katanya, tindakan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan daripada SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM.

Semalam juga SPRM telah mengeluarkan satu kenyataan di mana mereka telah pun menerima kertas siasatan yang dikembalikan dan akan respon mengenai perkara itu kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Melalui senario yang dihadapi sekarang, dapat dilihat bahawa tiada lagi keputusan yang konkrit dan tindakan yang diambil seperti yang dimahukan oleh ramai orang. Peguam Negara masih lagi belum membuat keputusan sama ada boleh mendakwa atau pun tidak.

Perkara ini sedikit sebanyak sebenarnya mengecewakan kerana rakyat mahukan jawapan yang sebenar dalam masa yang pantas. Bukannya seperti bola yang di pas-pas kepada orang lain.

Bila timbulnya perkara ini, persepsi rakyat semakin memandang negatif dan seperti sudah mengagak apa yang akan berlaku. Banyak persoalan juga semakin timbul. Mampukah agensi yang berkaitan menyelesaikan isu yang disiasat seperti yang diharapkan?

Harapan kami, rakyat Malaysia supaya agensi berkaitan, SPRM khususnya untuk menyelesaikan siasatan kes ini dan membawa bukti-bukti yang cukup untuk mendakwa seseorang yang bersalah. Teruskan siasatan demi menegakkan kebenaran. Jangan biarkan apa-apa anasir luar yang boleh mengganggu proses penyiasatan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip