KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: HANYA INDIVIDU DIDAPATI BERSALAH DISENARAIKAN DALAM 'NAME AND SHAME'

BERHUBUNG kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang supaya meletakkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pangkalan data 'Name and Shame' Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SPRM ingin menjelaskan bahawa hanya individu yang didapati bersalah oleh mahkamah akan dimasukkan dalam senarai tersebut.

Pangkalan data itu diwujudkan untuk menyenaraikan nama mereka yang telah didapati bersalah dalam kes rasuah, bukannya mereka yang sedang disiasat.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

4 JANUARI 2016

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip