SPRM sahkan sudah terima kertas siasatan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion daripada Jabatan Peguam Negara, hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi, mengambil maklum arahan Jabatan Peguam Negara yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang telah dikemukakan oleh SPRM sebelum ini. "

Maklum balas SPRM kepada permintaan Jabatan Peguam Negara akan dikemukakan dalam waktu terdekat," katanya.

Sementara itu, SPRM menjelaskan laporan portal berita Sarawak Report hari ini, yang mengatakan kononnya terdapat 37 syor dakwaan berasingan telah dikemukakan oleh SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes SRC International, adalah tidak benar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/115684

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip