Ahli politik korup? Tunggu ...
KUALA LUMPUR: 'Tunggu!' Itu amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad apabila ditanyakan mengenai sama ada tindakan akan diambil ke atas ahli-ahli politik yang terlibat rasuah. "Tiada pada bila-bila masa sepanjang perkhidmatan di mana saya menyatakan bahawa tindakan tidak akan diambil terhadap ahli politik" "Malam ini, saya menyatakan dengan tegas kepada ahli politik yang korup, saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja - tunggu!" kata Zuklifli di Hari Ini 8. Tambah beliau, yang menggalas tugas sebagai Ketua SPRM Ogos lalu, badan penguatkuasa pencegah rasuah tersebut akan kekal dengan janji untuk melakukan penangkapan dan pendakwaan terhadap individu yang terlibat dalam rasuah setiap minggu. "Saya telah menyatakan bahawa SPRM akan mengambil tindakan memfailkan tuduhan atau membuat tangkapan pada setiap minggu sehinggalah akhir tahun 2017" "Ini janji saya dan sehingga kini, say