Sikap tamak perasuah buat rakyat rugi
KUALA LUMPUR - Sikap tamak sesetengah pihak telah menyebabkan dasar dan polisi kerajaan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, kepincangan yang berlaku telah mendatangkan kerugian kepada rakyat. "Kerajaan telah membuat dasar dan polisi yang cukup baik untuk rakyat, contoh pada pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini yang difahamkan memberi peruntukan kepada semua sektor dalam negara. "Disebabkan oleh mereka yang tamak haloba dan terlibat dengan salah guna kuasa, maka pelaksanaan polisi dasar tidak sampai kepada rakyat," katanya menerusi Dialog Eksklusif bersama Tan Sri Ketua Pengarah SPRM bersama Kepimpinan MCW dan Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM), di Hotel Sunway Putrs, di sini, hari ini. Menurut beliau lagi, kerajaan perlu memperbaiki langkah pelaksanaan dasar yang dilihat cukup mudah diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Apabila da