Kejar 2018 di Sabah, Sarawak
PUTRAJAYA 13 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan Kembara Jelajah Antirasuah (Kejar) di Sabah dan Sarawak pada tahun depan bagi mendidik masyarakat membenci gejala rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, Kejar diteruskan ke dua negeri itu selepas kejayaan yang luar biasa dalam penganjuran di Semenanjung yang berlangsung selama 13 hari pada 18 hingga 30 September lalu.
Beliau berkata, penganjuran kembara tersebut juga secara tidak langsung dapat mendidik segenap lapisan masyarakat untuk membenci gejala rasuah dan dalam masa sama membendung masalah tersebut terus berleluasa.
“Kejar yang dilaksanakan sempena ulang tahun ke-50 SPRM pada tahun ini adalah merupakan program mendekati masyarakat hingga ke akar umbi agar suruhanjaya digeruni perasuah, ia melibatkan 135 pegawai dan kakitangan di semua peringkat.
“Pelbagai program dianjurkan di setiap lokasi yang menjadi persinggahan kembara Kejar pada tahun ini, antaranya ialah forum, aktiviti bersama masyarakat, ikrar rakyat perangi rasuah dan program bersama agensi kerajaan,” katanya dalam Majlis Aprisiasi Kejar 2017 dan Sambutan Jubli Emas SPRM, di sini hari ini.
Yang hadir sama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshum Baharin Mohd. Jamil.
Menurut Dzulkifli, Kejar pada tahun ini merangkumi siri jelajah sejauh 2,400 kilometer (km) dengan menaiki 40 motosikal berkuasa tinggi dan dua bas yang membawa pengurusan tertinggi dan pengarah-pengarah SPRM bahagian dan negeri.
“Terima kasih kepada semua terlibat, saya berharap kita akan bekerjasama lagi pada tahun depan untuk menjayakan program Kejar di Sabah dan Sarawak pula,” katanya. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kejar-2018-di-sabah-sarawak-1.551576#ixzz4yMYiK0qh

Comments
Post a Comment