Rasuah:100 akan ditangkap hingga hujung tahun ini

ISKANDAR PUTERI 12 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menyasarkan untuk melakukan kira-kira 100 tangkapan terutama penjawat awam di negeri ini hingga hujung tahun ini yang terlibat dengan rasuah.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, bagaimanapun tangkapan itu tidak bermakna rasuah benar-benar sudah dapat dibentaras secara keseluruhannya di negeri ini.

“Saya rasa tidak. Ini kerana 100 yang akan menggantikan mereka akan buat benda yang sama.

“Ruang dan peluang sentiasa ada di situ (untuk melakukannya). Justeru aspirasi ialah saya ialah harus menjadikan rasuah sebagai musuh nombor satu negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Pinewood Studio, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani.


http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/rasuah-100-akan-ditangkap-hingga-hujung-tahun-ini-1.550573#ixzz4yMZgjf6l

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip