SPRM sahkan buat 'pemeriksaan awal' terhadap 6 individu
ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri hari ini mengesahkan ada melakukan 'pemeriksaan awal' terhadap enam individu dalam pasukan bola sepak Kedah berhubung dakwaan menerima rasuah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut sumber SPRM, pemeriksaan awal ke atas keenam-enam individu berkenaan dengan identiti mereka tidak didedahkan, bukanlah berbentuk siasatan secara terbuka, sebaliknya hanya melibatkan temu bual secara tidak formal.
"Ia hanyalah sekadar pertanyaan untuk pengesahan, tidak lebih daripada itu kerana tindakan lanjut untuk mengumpul maklumat masih berterusan," katanya di sini hari ini.
Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beberapa pemain pasukan Kedah dipanggil SPRM berhubung dakwaan rasuah, menjual permainan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam pada 4 November lepas.
Menurut sumber itu, sehingga kini SPRM tidak pernah menerima sebarang aduan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung dakwaan tersebut.
Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai bukti dan maklumat berkaitan untuk tampil membuat aduan rasmi kepada SPRM, kata sumber itu. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/semasa/sprm-sahkan-buat-pemeriksaan-awal-terhadap-6-individu-1.756256#.WgjbnykThas.facebook

Comments
Post a Comment