65 dah ditahan rasuah
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan 65 individu termasuk 27 penjawat awam di negeri ini atas pelbagai kesalahan rasuah sejak Januari hingga 10 November tahun ini.
Pengarah SPRM negeri Datuk Abdul Aziz Aban berkata, daripada jumlah itu, 27 daripadanya terdiri daripada penjawat awam dan tujuh adalah kakitangan kerajaan negeri.
Katanya, semua tangkapan itu disiasat termasuk didakwa di mahkamah serta menunggu keputusan Timbalan Pendakwaraya untuk keputusan selanjutnya.
"Jumlah keseluruhan tangkapan itu menunjukkan peningkatan sehingga 295.5 peratus daripada purata tangkapan 10 tahun lalu.
"Jenayah rasuah dan salah guna kuasa kelihatan semakin serius dan ia amat merisaukan apabila turut membabitkan penjawat awam.
"Penjawat awam adalah kekuatan dan keteguhan sesebuah organisasi jabatan kerajaan selain menjadi tulang belakang kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Auditorium A, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Georgetown, hari ini.
Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon; Timbalan Ketua Menteri II, Profesor Dr P Ramasamy; dan Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus.
Sementara itu, Guan Eng berkata, 16 badan berkanun membabitkan 211 pegawai dan anggota hadir melafazkan Ikrar Bebas Rasuah.
Beliau berkata, ia adalah usaha kerajaan negeri menentang dan membanteras rasuah habis-habisan ke arah untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bebas rasuah.
Katanya,kerajaan negeri telah menerapkan 10 langkah integriti dalam melaksanakan ikrar bebas rasuah di negeri ini biarpun tidak dinafikan masih terdapat anggota pentadbiran awam kerajaan negeri yang terbabit jenayah termasuk rasuah.
"Sejak tahun lalu 47 orang anggota pentadbiran awam kerajaan negeri telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dilakukan.
"Ada yang telah dikenakan tindakan buang kerja, turun gaji, tangguh kenaikan gaji dan lucut hak gaji dan pemantauan berterusan akan dilakukan dalam menambahbaik tadbir urus sedia ada," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/284311/65-dah-ditahan-rasuah

Comments
Post a Comment