Mengaku terima rasuah

PESARA Jabatan Mineral dan Geosains Perak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini atas kesalahan menerima suapan bernilai RM300 ketika masih berkhidmat, dua tahun lalu.

R Thangavelu, 61, menukar pengakuannya itu selepas mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan serta dikenakan jaminan sebanyak RM9,000, ketika didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, 10 Ogos lalu .

Thangavelu yang diwakili Peguam M Kathan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim S Indra Nehru sebaik pertuduhan dibacakan.

Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin.

Indra Nehru kemudian menetapkan 19 Disember ini bagi fakta kes dan hukuman.

Thangavelu yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Geosains, didakwa menerima wang tunai RM300 daripada Mohamad Imran Abdullah yang diketahui mempunyai hubungan kerja rasminya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 4.10 petang, 4 September 2015 di bilik pejabat Tingkat 1, Bangunan Makmal Kimiabumi, Bahagian Perkhidmatan Teknikal Jabatan Mineral dan Geosains, Perak.

Thangavelu kini berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip