SPRM sudah menerima senarai nama calon PRU-14 untuk disaring

KUCHING - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mula menerima senarai nama bakal calon dari beberapa parti politik yang bercadang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana parti yang ingin bertanding untuk menghantar senarai nama calon mereka bagi proses semakan dan saringan.

Menurut beliau, proses saringan itu penting bagi memastikan bakal-bakal calon terbabit bersih khususnya daripada aspek salahguna kuasa atau rasuah.

"Bagaimanapun, tiada paksaan kepada parti-parti terbabit untuk berbuat demikian. Sekiranya kita ada terima, kita bersedia untuk melakukan proses saringan.

"Hal ini kerana ia dilakukan vsecara sukarela oleh parti-parti yang ingin bertanding dalam PRU-14 kelak," katanya ketika ditemui selepas Program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) di Tebingan Kuching di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, seperti kebiasaan pihaknya hanya menerima senarai nama calon dari Barisan Nasional (BN) untuk disaring oleh SPRM.

Manakala ujarnya, parti-parti pembangkang sering mengambil ringan terhadap perkara tersebut.

"Terpulanglah kepada parti-parti yang ingin bertanding untuk menghantar senarai nama calonnya bagi disemak dan disaring," ujarnya lagi. - K! ONLINE

http://www.kosmo.com.my/negara/sprm-sudah-menerima-senarai-nama-calon-pru-14-untuk-disaring-1.556098

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip