NGO diseru banteras rasuah
KUALA LUMPUR 16 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong serta membantu agensi itu menjayakan tugas membersihkan nama negara daripada gejala rasuah
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, membanteras rasuah bukanlah tugas eksklusif SPRM sahaja tetapi harus dilaksanakan oleh semua pihak termasuklah NGO.
“Kita yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum harus bersatu hati untuk memberi sokongan kepada usaha-usaha SPRM selama ini. Seperti mana saya laungkan jangan hulur, jangan ‘kawtim’ dan jangan settle. Kalau ini menjadi pegangan kita, insya-Allah negara bersih daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa,” katanya ketika hadir ke Pusat Pengumpulan Barang Bantuan Banjir Pulau Pinang di Kampung Baru Ampang di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah.
Sementara itu Azwanddin berkata, JMM gembira apabila SPRM sanggup meluangkan masa bertemu dengan NGO serta masyarakat demi menyatakan sokongan padu agensi berkenaan kepada misi bantuan banjir tersebut.
Ujar beliau, apa yang dilakukan oleh SPRM memberi suntikan semangat kepada NGO-NGO bagi membolehkan gerak kerja berbentuk ad hoc berjaya dilaksanakan.
“Kita juga telah mengumpulkan 64 NGO dalam kalangan pelbagai kaum di sekitar Ampang. Selepas ini, kita akan turut meluaskan rangkaian itu supaya mereka lebih bersedia menghadapi segala bentuk bencana.
“Setakat hari ini, nilai barang-barang yang dikumpul sudah mencecah RM200,000 termasuklah makanan, pakaian dan tilam,” katanya.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ngo-diseru-banteras-rasuah-1.554206#ixzz4ydtvJy3S

Comments
Post a Comment