SPRM lebih proaktif, cekap
KUALA LUMPUR 13 Nov. – Agenda yang didukung Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kepemimpinan Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilihat mampu untuk membasmi gejala rasuah sehingga ke peringkat akar umbi.
Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM kali ini lebih agresif dan lantang dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang selain aktif turun ke padang untuk tujuan itu.
“Dzulkifli melakukan pendekatan dengan cara efektif apabila melakukan program antirasuah selain turun padang bersama masyarakat sama ada di kawasan bandar ataupun di pedalaman.
“Selain itu, kewujudan gerakan Pejuang Revolusi Gerakan Antirasuah (Gerah) yang diilhamkan Dzulkifli juga merupakan satu pendekatan bagus untuk membasmi rasuah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar berkata, pendedahan SPRM mengenai kes rasuah berprofil tinggi pada tahun ini menunjukkan semua individu di segenap peringkat tidak akan terlepas dengan undang-undang.
Katanya, penahanan individu berpengaruh dan berprofil tinggi yang dilakukan SPRM adalah selari dengan asas perlembagaan iaitu mendaulatkan undang-undang.
“Penguatkuasaan ini dilakukan secara menyeluruh dan kita boleh melihat banyak kes rasuah melibatkan individu berprofil tinggi ditahan atas kesalahan tersebut.
http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/sprm-lebih-proaktif-cekap-1.551741#ixzz4yMYYNUZY

Comments
Post a Comment