38 ditangkap, 17 dituduh kes rasuah di Terengganu

KUALA TERENGGANU 16 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu mengesahkan seramai 38 orang telah ditangkap bersabit kesalahan rasuah di negeri ini sejak Januari hingga kini.

Timbalan Pengarah SPRM negeri, Zainal Ayop berkata, manakala 17 orang lagi dituduh berhubung kes rasuah dan mereka terdiri daripada lapan orang awam, enam penjawat awam dan lain-lain (tiga orang).

Beliau mengulas lanjut, bagi kes tangkapan, seramai 16 orang merupakan penjawat awam diikuti 11 orang awam dan lain-lain (11 orang).

“Dalam tempoh Januari tahun ini hingga sekarang, kita telah membuka sebanyak 42 kertas siasatan berhubung pelbagai kes rasuah di negeri ini.

“Kesemua kes yang kita kendalikan ini membabitkan nilai suapan berjumlah RM462,618,” katanya kepada pemberita selepas majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu 2017 di Primula Beach Hotel di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah LKIM negeri, Mohamad Zawahid Shamsuddin dan Ketua Unit Integriti LKIM, Norazmi Arifin. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/38-ditangkap-17-dituduh-kes-rasuah-di-terengganu-1.553942#ixzz4ydtlvj6Z

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip