Posts

Showing posts from February, 2018

SPRM beku akaun RM3.6 juta, sita kenderaan dan rumah RM3.8 juta

KUALA LUMPUR 28 Feb.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan empat akaun bank syarikat berjumlah RM3.6 juta dan menyita empat kenderan mewah dianggarkan bernilai RM1.3 juta berhubung projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang. Menurut sumber, keempat-empat akaun bank serta kenderaan mewah itu adalah milik ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditahan semalam selepas dipercayai menerima wang suapan bernilai RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek berkenaan. “SPRM turut menyita sebuah rumah bernilai RM2.5 juta yang terletak di Petaling Jaya serta tiga buah televisyen bernilaI RM167,900,” katanya kepada utusan Malaysia di sini hari ini. Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penyitaan itu dan berkata, pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan. http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-beku-akaun-rm3-6-juta-sita-kenderaan-

Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah terima suapan

JOHOR BAHRU: Bekas pengurus pembangunan perniagaan sebuah bank di Batu Pahat mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan membabitkan rasuah dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA). Tertuduh, Lai Chin Siang, 33 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor. Mengikut kertas pertuduhan, Chin Siang dituduh secara rasuah menerima RM290,400 pada 10 April 2015 menerusi pemindahan bank daripada akaun Syarikat Pt Hup Sdn Bhd. Ia sebagai upah untuk membantu dalam meluluskan pinjaman bank atas jualan lima lot kilang di Parit Sulong Batu Pahat yang bernilai RM15.1 juta. Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Chin Siang turut berhadapan dengan sembilan pertuduhan lain membabitkan AMLATFA 2001 dengan memindahkan sejumlah wang rasuah itu ke dalam akaun miliknya serta enam akaun individu berbeza pada 15 April hingga

Tauke balak rasuah pegawai Jabatan Perhutanan dipenjara sehari, denda RM15,000

KUALA TERENGGANU - Seorang tauke balak dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan merasuah seorang pegawai Jabatan Perhutanan Terengganu sebanyak RM2,000 pada lapan bulan lalu. Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas Chow Kwee Chai, 48, menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes itu. Beliau turut memerintahkan Kwee Chai yang berasal dari Taman Bersekutu, Kemaman membayar denda sebanyak RM15,000. Berdasarkan pertuduhan, Kwee Chai didakwa memberi suapan berupa wang tunai RM2,000 kepada seorang Penolong Pegawai Perhutanan Kuala Terengganu di tepi jalan Mukim Binjai, Kaman pada pukul 12.30 tengah malam, 9 Jun 2017. Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

Suami dapat suapan, isteri kena penjara

KANGAR 27 Feb. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda sebanyak RM307,086 terhadap bekas kakitangan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) kerana menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan untuk suaminya bernilai keseluruhannya RM61,417.20. Norfadila Wahida Radzi, 36, mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan di hadapan Hakim, Johari Hassan selepas semua pertuduhan dibacakan ke atasnya. Pengarah SPRM negeri, Mohd. Shukor Mahmud dalam satu kenyataanya berkata, tertuduh didakwa mengambil tindakan memasukkan lima borang pesanan ke dalam sistem IUS Kewangan Unimap berkaitan pembekalan perkakasan dan komponen makmal oleh Syarikat Zerofreak Enteprises yang dimiliki suaminya, Mohd. Fadzril Safry Mohamed Soofi, antara April hingga Julai 2013. Katanya, pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 24, akta yang s

Komisioner DZ tarik minat murid sekolah

KEPALA BATAS 27 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkenalkan maskot Komisioner DZ sempena pelancaran program Sahabat Cilik SPRM dalam usaha menarik murid sekolah bersama agensi itu membanteras gejala rasuah. Pelancaran program itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad di Sekolah Kebangsaan (SK) Hashim Awang di sini yang turut melibatkan 13 sekolah lain di seluruh negara. Menurut Dzulkifli, program tersebut dibuat dalam membina hubungan SPRM dengan masyarakat tempatan khususnya murid sekolah bagi menyebarluaskan pendidikan berkaitan ra­suah. Katanya, kaedah itu dilihat antara pendekatan terbaik dalam mendidik golongan itu tentang kepentingan membasmi masalah rasuah bermula dari awal di samping merupakan tulang belakang bagi melahirkan pemimpin bebas rasuah pada masa depan. “Program ini (Sahabat Cilik SPRM) adalah susulan pelancaran Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) yang dilancarkan Ogos tahun lepas dalam meneruskan mom

'Sahabat Cilik SPRM' bagi banteras gejala rasuah

KEPALA BATAS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan Sahabat Cilik SPRM secara serentak di 14 sekolah seluruh negara dalam usaha menyebarluas mesej antirasuah di kalangan murid sekolah rendah di negara ini. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, golongan murid sekolah rendah merupakan ‘tulang belakang’ yang bakal menjadi pemimpin bebas rasuah pada masa depan. Jesteru, penting bagi golongan tersebut diberi pendedahan awal mengenai pendidikan berkaitan rasuah di negara ini. "Kita mahu mendidik golongan pelahar dari peringkat sekolah rendah untuk mengenali rasuah dan kesan buruknya sehingga dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja benci malah jijik kepada rasuah. "Program jangka panjang perlu supaya Malaysia bakal menjadi sebuah negara bebas daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa," kata Dzulkifli selepas majlis pelancaran Sahabat Cilik SPRM dan Maskot SPRM di Sekolah Kebangsaan (SK) Hashim Awang, di sini, hari ini. Dzulkif

Jangan nilai SPRM hanya berdasarkan CPI

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap rakyat tidak menilainya hanya daripada sudut persepsi pakar antarabangsa semata-mata, sebaliknya turut melihat kepada aktiviti dan tindakan sudah dilaksanakan dalam usaha membanteras rasuah di negara ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata laporan mengenai kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 itu dibuat berdasarkan persepsi daripada ekspatriat luar negara dan bukannya oleh masyarakat negara ini. Beliau berkata, hasil laporan berkenaan juga tidak selari dengan tindakan dilakukan suruhanjaya berkenaan di peringkat negara. "Justeru, perlu lihat dari sudut realiti kerana persepsi ini pelbagai macam kita boleh terima, tetapi realitinya bagaimana. "Sekiranya kita lihat dari sudut tindakan SPRM, saya berpendapat kita sudah melakukan yang terbaik untuk negara dengan mengambil kira kekangan pegawai dan bajet yang kami ada," katanya kepada media pada majlis sambuta

Indeks Persepsi Rasuah TI-M tidak cerminkan gambaran sebenar

Image
SHAH ALAM 24 Feb. - Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International-Malaysia (TI-M) yang meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-62 pada tahun 2017 iaitu merosot berbanding kedudukan Ke-55 pada tahun sebelumnya dianggap tidak mencerminkan realiti sebenar usaha kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangani amalan salah laku itu di negara ini. IRMOHIZAM IBRAHIM Perkara itu dibangkitkan Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen Menangani Rasuah (JKMR), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim yang mana beliau sebaliknya menegaskan sejak 2009, Malaysia semasa di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membanteras amalan rasuah termasuklah melaksanakan tindakan berani menjadikan SPRM sebagai sebuah badan bebas dan telus. Malah, usaha itu katanya diperhebatkan lagi oleh Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melaksanakan pelbagai usaha termasuklah melaksanakan perubahan dalam sistem penta

Indeks dari TI-M hanya tanggapan, bukan realiti

KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 tidak perlu dilihat dari sudut persepsi semata-mata, tetapi juga dari sudut realiti. Pemerhati berpendapat, ramai pihak terlalu bergantung pada satu sumber sahaja tanpa merujuk data dari penguatkuasa tempatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh memberikan sisi sebenar keadaan rasuah di negara ini, terutama membabitkan jumlah tangkapan rasuah dan kekerapan operasi penguatkuasaan. Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM), Datuk Seri Zakaria Jaafar, berkata secara persepsinya, CPI sememangnya memberi tanggapan bahawa kegiatan rasuah semakin serius di negara ini. Namun begitu, beliau berkata, apabila semua pihak lihat dari sudut realitinya pula, indeks itu mencerminkan keseriusan SPRM melalui pelbagai operasi penguatkuasaan yang akhirnya membuahkan hasil apabila banyak tangkapan rasuah dibuat. "CPI adalah indeks persepsi dan memang satu alat pengukuran yang kita pakai di M

Inspektor sabit rasuah dipenjara 6 tahun

KUALA TERENGGANU: Seorang inspektor polis dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM125,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah bernilai RM25,000. Tertuduh, Mohd Izzwan Jamalud Din, 35, bagaimanapun gagal menjelaskan denda dan perlu menjalani hukuman penjara tambahan 36 bulan lagi, menjadikan keseluruhannya 72 bulan atau enam tahun penjara. Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menerima rasuah dan Seksyen 16 (a)(B) akta sama kerana meminta rasuah. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai bernilai RM5,000 daripada Syahrull Sharahudeen sebagai dorongan untuk tidak menangkap Syahrull yang disyaki terbabit kesalahan dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Inspektor Penyiasat Narko

Rasuah: Bekas COO Rapid Penang didenda RM1.05 juta

KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengenakan denda RM1.05 juta terhadap bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Rapid Penang yang mengaku bersalah atas tiga tuduhan rasuah berjumlah RM210,000 daripada sebuah syarikat antara 2014 hingga 2016. Hakim, Dazuki Ali, turut menjatuhkan hukuman penjara dua minggu ke atas Mohd Shukri Abdul Rahman, 55, yang meletak jawatan sebagai COO Rapid Penang pada November tahun lalu. Mohd Shukri dituduh menerima suapan wang tunai dalam tiga transaksi daripada Syarikat Jayonik MSC Sdn Bhd sebagai dorongan mengeluarkan surat pelantikan syarikat itu bagi beberapa projek berkaitan Sistem Simulator Bas Prasarana. Ini termasuk projek membangunkan, reka bentuk, pengeluaran, pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian, pentauliahan dan waranti yang dianggarkan bernilai RM8.4 juta. Transaksi pertama dilakukan pada 12 Mac 2014 di Hong Leong Bank cawangan Beserah, di sini, membabitkan wang tunai RM100,000 dimasukkan melalui akaun Hong Leong Bank milik ra

Pengarah syarikat bergelar Datuk didakwa kemuka invois palsu RM20.7 juta

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Seorang pengarah syarikat pembekal perkhidmatan barangan elektrik dan kelengkapan rumah dihadapkan di tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 43 pertuduhan membabitkan pemindahan wang sejumlah RM16.5 juta ke dalam akaun syarikat miliknya daripada  syarikat SMT Rezeki Sdn. Bhd. Datuk K. Jayakumar, 43, yang merupakan Pengarah Sinar Mentari Teknologi Sdn. Bhd. turut didakwa atas 75 pertuduhan memperdayakan Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kotamas) dengan membuat tuntutan palsu melalui invois berjumlah RM20.7 juta. Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan selepas dibacakan oleh jurubahasa. Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, tertuduh didakwa  membuat pemindahan wang sejumlah RM16.5 juta tersebut di antara Mei 2015 hingga Januari 2016. Mengikut  75 pertuduhan membuat tuntutan palsu, tertuduh didakwa mengemukakan in

Didakwa seleweng harta syarikat

JOHOR BAHRU: Dua pekerja Telekom Malaysia Berhad (TM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyalahguna harta milik syarikat dengan menjual tiga kabel gentian 'drum drop' tahun lalu. Mohd Areza Suhaimi, 29, dan Azmi Zainal, 30, yang juga Pembantu Teknik TM, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Jailani Rahman. Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat bersama menyalahgunakan harta tiga kabel gentian 'drum drop' milik TM dengan menjualnya kepada seorang lelaki di Ibu Sawat TM Tampoi, Jalan Tampoi di sini, kira-kira jam 3 petang, 21 Disember 2017. Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Di mahkamah sama, mereka turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pilihan mencuri barangan itu daripada

Sogok pegawai JPJ: Pemilik bas dipenjara sehari, denda RM11,000

KUANTAN 21 Feb. - Seorang pemilik bas dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM11,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan memberi suapan RM500 kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ahad lalu. Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman itu selepas R. Muthusamy mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Mengikut kertas pertuduhan, Muthusamy didakwa memberi suapan kepada Ketua Pembantu Penguatkuasa JPJ, Shahrul Shahrizal Mt. Jawahir sebagai dorongan untuk melepaskan bas miliknya yang dipandu oleh pekerjanya yang tidak mempunyai lesen memandu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Penguatkuasaan JPJ, Karak dekat sini pada pukul 2.45 petang, 18 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 17(6) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000

Pembantu pegawai teknik TM didakwa palsu dokumen RM4.7 juta

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Seorang bekas pembantu pegawai teknik di Telekom Malaysia Berhad (TM) dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 54 pertuduhan memalsukan dokumen Maintenance Order (MO) berjumlah RM4.7 juta, tahun lalu. Mohd. Faizal Abdul Halim, 36, yang kini bekerja sebagai peniaga mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut pertuduhan pertama hingga 54, dia didakwa memperdayakan prinsipalnya mengenai kepentingan dokumen yang mengandungi butir-butir palsu iaitu sebenarnya tidak ada kerja-kerja kerosakan (breakdown) berlaku di kawasan MO tersebut bagi mengelirukan prinsipalnya. Mohd. Faizal  didakwa melakukan perbuatan itu melalui prinsipalnya, Penolong Pengurus TM, Mohd. Taufik Ali dan tiga individu lain Mohd. Salleh Isthnin, Mohd. Huzaimi Hassan dan Ruzanna Redhuan. Mohd. Faizal didakwa melakukan perbuatan itu di Telekom Malaysia Logistik, Cheras di sini antara Januari 2016 hingga Mac 2017. Dia didakwa mengikut Se

Dua sekeluarga didakwa rasuah polis

ALOR SETAR 21 Feb. - Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 2 di sini, hari ini atas pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM2,000 kepada seorang anggota polis, tiga tahun lalu. Tertuduh, M. Indrani, 27, dan adik iparnya, Lim Gait Heng, 25, didakwa secara bersama melakukan perbuatan itu pada 7 November 2015, pukul 10.15 pagi di Pejabat Trafik, Balai Polis Trafik Kulim. Wang rasuah itu didakwa diberikan kepada Koperal Polis di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Mohd. Hilmi Ismail sebagai dorongan kepadanya untuk melepaskan dua individu, Lim Gait Hong dan Lim Gait Kuang yang terlibat dengan kes dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suri rumah tersebut bersama adik iparnya itu yang merupakan seorang buruh am, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syahrul Khuzaini Amiruddin di hadapan Hakim, Azman Abu Hassan sementara tertuduh tid

Koperal tak mengaku terima rasuah RM500

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana meminta suapan RM500 daripada seorang lelaki yang ditahan dalam sekatan jalan raya. Tertuduh, Ruslan Deraman,57, yang berpangkat Koperal mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meminta suapan RM500 daripada Roslan Abd Aziz sebagai dorongan untuk melepaskan kesalahan lelaki terbabit yang menunggang motosikal jenis SYMyang ketika ditahan dalam sekatan jalan raya. Tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas-tugas Am dan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Wakaf Tapai didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang, pada 13 Februari 2017. Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Seorang pembekal alat ganti mesin dan jentera dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi suapan berjumlah RM1,100 kepada pegawai polis ketika serbuan dijalankan di sebuah pusat hiburan, hujung bulan lalu. Chiew Tong Nam, 47, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Madihah Harullah. Mengikut pertuduhan, dia yang didapati positif dadah jenis Meth  menyerah wang suapan itu bertujuan agar pegawai polis tidak mengambil sampel air kencingnya dengan menukarkan kepada air paip untuk dimasukkan ke dalam botol urin. Dia melakukan kesalahan itu pada pukul 1.30 pagi, 31 Januari lalu di pusat hiburan Meridian, Cheras di sini. Tong Nam didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Nor Diana Nor

Bukan tugas SPRM semata-mata

JEMPOL - Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mampu menjadi pemangkin dalam menyebarkan peranan dalam usaha membanteras serta mencegah rasuah. Pengerusi Pertubuhan Kami Anak Felda Malaysia Wilayah Raja Alias (Kafwra), Hamilye Sham Harun berkata, NGO boleh fokuskan usaha itu di peringkat akar umbi umpamanya di kawasan perkampungan. “Tugas membanteras dan mencegah rasuah bukan di bahu Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata. “Sebaliknya ia memerlukan sokongan, bantuan pemimpin politik dan NGO berpengaruh untuk melaporkan salah laku rasuah di tempat masing-masing. “Mereka perlu bertindak sebagai mata dan telinga SPRM, bukannya menghentam atau mempolitikkan SPRM,” katanya. Menurutnya, dengan adanya komitmen itu, Kafwra yakin bersama NGO lain akan membantu sebaik mungkin SPRM memerangi dan membanteras rasuah hingga ke akar umbi. “Kafwra sentiasa mengalu-alukan dan memberi peluang kepada NGO yang ingin bekerjasama dengan SPRM dalam menganjurkan pelbagai program ber

100 peratus kakitangan Terengganu ikrar bebas rasuah

KUALA TERENGGANU - Terengganu menjadi negeri pertama yang berjaya menarik penyertaan 100 peratus kakitangannya untuk melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pada Feb 2017, IBR itu melibatkan semua kakitangan di semua lapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disusuli kakitangan pentadbiran kerajaan negeri dua bulan selepas itu. "Hari ini, tujuh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Terengganu turut melaksanakan IBR bersama 65 lagi jabatan dan agensi serta badan berkanun di bawah pentadbiran kerajaan negeri.  "Usaha ini wajar dipuji kerana Terengganu menunjukkan komitmen yang sangat tinggi terhadap SPRM dalam membanteras rasuah serta penyalahgunaan kuasa demi memastikan perkhidmatan diberi benar-benar telus dan amanah," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis lafaz dan menandatangani IBR melibatkan 72 jabatan dan agensi kerajaan

Penjawat awam didakwa terima suapan

KUANTAN 14 Feb. - Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM42,000 pada 2013. Bagaimanapun, tertuduh, Shaiful Azman Taha, 39, yang merupakan Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor Kementerian Kerja Raya Pahang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali. Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 3 hingga 4 petang di sebuah rumah yang beralamat di nombor 91, Jalan Pelindung Maju, Taman Pelindung Maju, di sini. Tertuduh didakwa menerima suapan daripada Juruteknik Syarikat NZH Murni Enterprise, Hamdan Mat Hasan sebagai dorongan bagi mengeluarkan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera (STB) kepada syarikat berkenaan. Shaiful Azman didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009) (Akta 694) dan boleh di hukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama. Jika disabitkan bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara tidak me

SPRM LANCAR KEMPEN GEMPUR DIDIK PENJAWAT AWAM PERANGI RASUAH

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah atau GEMPUR bagi mendidik penjawat awam supaya menolak sebarang bentuk tawaran atau pemberian rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad melancarkan kempen ini serentak di seluruh negara bersempena Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) Siri 2/2018 yang memfokus kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kempen berslogan ‘Anda Hulur, Kami Lapor’ ini merupakan penjenamaan semula kepada kempen ‘Perangi Pemberi Rasuah’ yang dilaksanakan pada tahun 2010. Melalui pelaksanaan kempen GEMPUR, SPRM mahu memberi peringatan kepada penjawat awam agar menolak rasuah dan melaporkan perbuatan tersebut kepada SPRM, pada masa yang sama mendidik orang ramai agar tidak sesekali menawarkan rasuah kepada penjawat awam. Bagi memastikan keberkesanan kempen ini, GEMPUR akan menyasarkan tiga kumpulan iaitu penjawat awam yang terlibat dalam tugas penguatkuasaan, perolehan da

Bekas tentera tidak mengaku kemuka butiran palsu

KUALA LUMPUR - Seorang bekas tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan membuat tuntutan palsu berjumlah lebih RM36,000. Mahdzir Abdul Hamid, 58, didakwa mengemukakan invois dan dokumen yang mengandungi butiran palsu berhubung dokumen tuntutan kerja pembaikan tempatan empat unit senjata General Purpose Machine Gun (GPMG) 7.62MM bernilai RM36,440 kepada Mejar Majmi Mehat di ibu pejabat Kementerian Pertahanan pada 27 Mac 2008. Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa lima kali denda nilai rasuah atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, dan penjara tidak lebih daripada 20 tahun. Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabila Kamarudin memohon mahkamah memberikan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh. Mahdzir yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jaminan minimum kerana dia perlu menanggung keluarganya dan  merancang untuk melakukan umrah pada 25 Februa

Rasuah: Jangan takut lapor, beri maklumat kepada SPRM - Dzulkifli

SHAH ALAM 11 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta mana-mana pihak atau individu supaya tidak perlu bimbang membuat laporan atau menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan rasuah serta salah guna kuasa yang berlaku sama ada dalam syarikat, jabatan atau organisasi di mana mereka bekerja. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebaliknya memberi jaminan bahawa pihaknya akan melindungi serta merahsiakan identiti para pengadu yang tampil mendedahkan amalan tidak bermoral itu supaya siasatan dan tindakan tegas dapat diambil berlandaskan peruntukan undang-undang yang ada. "SPRM ini merupakan agensi yang mewakili rakyat Malaysia. Jika ada isu rasuah dan salah guna kuasa berlaku, maka SPRM lah tempat yang mereka boleh harapkan dan bergantung.  "Kita amat mengalu-alukan mana-mana pihak atau orang perseorangan tampil membuat sebarang laporan atau menyerahkan maklumat berkaitan dengan salah laku itu. Mereka tidak perlu takut kerana laporan dan ma

SPRM akan lebih agresif – Dzulkifli

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak lebih agresif dari segi penguatkuasaan, pendidikan serta aspek lain dalam memerangi rasuah di negara ini bagi mencapai visi dan misinya iaitu sifar rasuah menjelang 2020. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pe­nguatkuasaan secara tegas dan lebih proaktif juga bakal dilaksanakan terhadap individu yang terlibat dengan rasuah serta salah guna kuasa. Menurut beliau, pihaknya juga akan terus bekerjasama de­ngan pelbagai agensi dan pen­jawat awam bagi menja­yakan agenda tersebut. “Malah lebih banyak program secara berterusan bersama rakyat akan dilancarkan bagi memupuk kebencian terhadap rasuah termasuk dua program besar pada bulan ini. “Selain itu, satu program baharu bakal dilancarkan minggu depan di seluruh negara sama seperti kempen Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle (3J). Bagaimanapun, kita tidak boleh dedahkan kempen itu. Tung­gulah nanti,” katanya da­lam sidang akhbar

Dua anggota polis didakwa rasuah RM10,000

SEREMBAN: Seorang anggota polis dan rakan setugasnya yang sudah diberhentikan kerja, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan rasuah berjumlah RM10,000 empat tahun lalu. Koperal Norfazlizan Mat Zain, 34, dan Mohd Fairuz Abd Jalil, 37, yang sebelum ini berpangkat konstabel, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fathiyah Idris. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menerima suapan berjumlah RM3,000; RM5,000 dan RM2,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk melepaskan, seterusnya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana membawa dan menjual rokok seludup di Taman Kiara, Sikamat, di sini. Perbuatan itu dilakukan di tiga lokasi berbeza iaitu Balai Polis Sikamat, kedai serbaneka di Taman Sri Pulai dan Berek Balai Polis Sikamat di sini, antara 7 sehingga 13 Disember 2014. Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabi

Buat tuntutan palsu, 8 penolong pegawai perubatan didenda

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda kepada lapan penolong pegawai perubatan selepas didapati bersalah membuat tuntutan palsu kerja lebih masa pada tahun 2016. Hakim Abu Bakar Manat mengenakan denda RM15,000 kepada Mohd Rosidih Mohd Saidi, manakala Jaduin Untop (RM18,000); Terence Linchos (RM17,000); Zulkifli Arun (RM14,000); Noor Salim Mohd Zin dan Mohd Akmal Hafiz Mohd Ariff masing-masing RM12,000 serta Juraineh Musalim (RM7,000). Mereka boleh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Seorang lagi tertuduh, Naza Fadirul @ Mick Ab Satar dikenakan denda RM20,000 dan penjara empat bulan jika gagal menjelaskannya. Semua tertuduh adalah pembantu perubatan di Klinik Mata Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) di sini yang didakwa membuat tuntutan palsu kerja lebih masa di Jabatan Akauntan Sabah di Wisma Perindustrian antara 1 Februari dan 30 Jun 2016. Dalam penghakimannya, Abu Bakar menasihati semua pesalah menjadikan hukuman itu sebagai pen

Rasuah: Operator tapak dijel dan denda

KUALA LUMPUR - Seorang operator tapak pelupusan sampah haram dipenjara sebulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM4,000 kepada pegawai penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), tahun lalu. Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap N Thinesh, 28, selain memerintahkan tertuduh yang diwakili peguam, K Jaikumaran itu dipenjara 20 bulan lagi jika gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, Thinesh didakwa memberi suapan wang tunai RM4,000 kepada Pegawai SWCorp Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Harry Susanto @ Mohd Zaki Mohamad sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan menyita empat lori yang berada di tapak tersebut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Kesalahan itu didakwa dilakukan di belakang Kompleks Komuniti Muhibbah, Jalan 4/155, Bukit OUG, di sini kira-kira jam 10.30 pagi, 19 September tahun l

Dituduh salah guna wang JMB

KUALA LUMPUR: Seorang bekas setiausaha Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah kondominium dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas sembilan pertuduhan menggunakan cek palsu berjumlah lebih RM60,000 milik badan pengurusan itu, lima tahun lalu. Francis Tan Hui Kiat, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan masing-masing dihadapan Hakim Allaudeen Ismail dan Azura Alwi. Mengikut pertuduhan pertama hingga sembilan, tertuduh didakwa dengan curangnya menggunakan sembilan cek palsu berjumlah RM60,780 milik Megan Ambassy Management Corporation. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di RHB Bank Berhad Cawangan Plaza OSK, Jalan Ampang di sini antara 8 Februari 2013 dan 19 April 2016. Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471, Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 467, kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya darip

Penjawat awam alami krisis integriti

ALOR SETAR: Kebanyakan penjawat awam menghadapi krisis integriti apabila sering kali dikaitkan dengan kes rasuah sehingga dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar, berkata situasi itu ternyata tidak sihat untuk institusi penjawat awam di Malaysia dan ia harus dibendung sebelum menjadi barah. Sehubungan itu, pihaknya mencadangkan supaya diwujudkan saringan berhubung rekod integriti terhadap mana-mana penjawat awam yang dinaikkan pangkat oleh pihak pengurusan masing-masing. "Sekarang ini, penjawat awam hadapi krisis integriti kerana mereka tak takut terbabit dengan rasuah. Atas sebab itu, sudah tiba masanya diwujudkan saringan integriti sebelum mana-mana penjawat awam itu dinaikkan pangkat, selain melakukan pemeriksaan latar belakang mereka," katanya ketika dihubungi, di sini. Beliau berkata demikian bagi mengulas penahanan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Direman, didakwa salah guna kuasa, rasuah

KES 1 Kes suapan Pengarah JPS Perlis, akaun RM4j dibeku, ALOR SETAR 30 Jan. - Sebanyak 13 lagi akaun bank membabitkan wang sebanyak RM1.1 juta dipercayai hasil rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis serta dua pemilik syarikat dibekukan hari ini. Pengarah Suruhanjaya Pence­gahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad berkata, angka terbaharu itu menjadikan wang milik pe­ngarah berusia 60 tahun tersebut, anak-anaknya serta pemilik syarikat yang telah dibekukan berjumlah kira-kira RM4 juta. “Semalam kita menangkap suspek pertama di pejabatnya di Perlis manakala dua lagi yang berumur 50 dan 39 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah. Kita juga rampas wang tunai RM900,000 di rumah seorang pemilik syarikat dan bekukan empat akaun berjumlah RM2.9 juta. “Hari ini, kita membekukan RM1.1 juta lagi daripada 13 akaun milik suspek pertama serta anak-anaknya dan pemilik syarikat. Selain itu, kita juga menyita sebuah motosik

Rasuah: Peniaga kain Pakistan dipenjara, denda

KUALA TERENGGANU 31 Jan. - Seorang peniaga kain warga Pakistan dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana cuba memberi suapan sebanyak RM200 kepada seorang anggota polis pada 8 Januari lalu sebanyak RM200. Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas Zeb Gulab, 24, mengaku bersalah atas tuduhan cuba memberi suapan kepada Lans Koperal Sebri Shukri sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan setelah kerana  gagal mengemukakan dokumen lesen memandu. Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa, Nawab Amir yang juga  bapa saudara kepada tertuduh. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya pencegahan Rasuah malaysia (SPRM), Muhammad Zulfadli Mohd. Nawawi manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Shahir Mat Jusoh. Zeb Gulab didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan  hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima ganda jum

Inspektor mengaku tidak bersalah

KUALA TERENGGANU 1 Feb. - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan bagi meringankan kesalahan seorang lelaki yang ditahan kerana memiliki dadah. Lee Beng Oui, 37, yang bertugas di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz. Tertuduh didakwa memperoleh wang suapan RM3,000 daripada orang tengah sebagai dorongan meringankan kesalahan Firdaus Asmadi yang ditangkap di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah kepada hanya kesalahan air kencing mengandungi dadah. Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di hadapan sebuah rumah beralamat No.1, Blok Ezora, Perumahan Polis Bukit Mentok, Kemaman pada pukul 11.45 malam, 29 Februari 2016. Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)