SPRM beku akaun RM3.6 juta, sita kenderaan dan rumah RM3.8 juta

KUALA LUMPUR 28 Feb.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan empat akaun bank syarikat berjumlah RM3.6 juta dan menyita empat kenderan mewah dianggarkan bernilai RM1.3 juta berhubung projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Menurut sumber, keempat-empat akaun bank serta kenderaan mewah itu adalah milik ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditahan semalam selepas dipercayai menerima wang suapan bernilai RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek berkenaan.

“SPRM turut menyita sebuah rumah bernilai RM2.5 juta yang terletak di Petaling Jaya serta tiga buah televisyen bernilaI RM167,900,” katanya kepada utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penyitaan itu dan berkata, pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.


http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-beku-akaun-rm3-6-juta-sita-kenderaan-dan-rumah-rm3-8-juta-1.618256#ixzz58Rqbk2sa 

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip